KelabMama

Sawan Tangis Lebih Daripada Sekadar Menangis Tanpa Henti! Ini Yang Mama Perlu Take Note

sawan tangis bayi

Cukup meresahkan hati apabila si manja mengalami sawan tangis dan bagi Mama yang perlu menghadapinya, pasti akan lebih sedih, penat dan stres tatkala si anak berteriak kuat sepanjang masa.

Lebih sedih rasa hati apabila melihat si manja teresak-esak menangis sehingga muka menjadi biru dan kelelahan. Apa yang perlu di buat? Dan apakah sawan tangis dan punca ianya terjadi?

Pelbagai persoalan mula menjengah fikiran yang memang sudah keletihan memikirkan bagaimana cara untuk tangani masalah ini. Sebelum kami kongsikan cara atau petua yang boleh Mama cuba untuk merawatnya, ketahui dahulu apa itu sawan tangis.

Apa Itu Sawan Tangis?

Untuk pengetahuan Mama, jika bayi menangis melebihi purata 3 jam sehari itu menunjukkan bahawa bayi tersebut berkemungkinan terkena sawan tangis atau dipanggil infantile colic.

Sawan tangis merupakan keadaan di mana bayi menangis lebih dari tiga jam dalam masa seminggu atau lebih. Ianya sering terjadi kepada satu hingga dua daripada lima bayi yang dilahirkan di mana-mana tempat.

Kebiasaannya, bayi akan mula menangis secara berlebihan menjelang waktu petang dan malam. Namun begitu, ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja serta sukar dijangka.

Sawan tangis akan mula berlaku ketika bayi berumur dua minggu dan akan menjadi lebih teruk apabila memasuki usia enam minggu dan mengambil masa sehingga tiga atau empat bulan untuk berhenti.

Tetapi terdapat juga kes di mana ia berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan atau lebih.

Tanda-tanda Sawan Tangis

Berikut merupakan tanda-tanda bayi anda sedang mengalami sawan tangis iaitu:

  1. Tangan menggengam erat
  2. Kaki mengerekot
  3. Badan berpeluh-peluh
  4. Muka menjadi kemerah-merahan
  5. Bernafas dengan laju
  6. Perubahan warna kulit

Antara punca sawan tangis adalah:

#1. Sakit di bahagian abdomen perut

Rasa sakit di bahagian abdomen perut oleh sebab-sebab tertentu akan membuatkan bayi mula menangis dan selalunya akan berlarutan lebih dari tiga jam atau berhenti disebabkan keletihan.

#2. Ketidakselesaan

Ketidakselesaan yang berlaku akibat pampers sudah penuh, tidur yang terganggu, suhu panas dan sebagainya mampu membuat bayi meragam lalu menangis.

#3. Gangguan makhluk halus

Dalam Islam, bayi yang baru lahir dapat melihat jin yang dinamakan sebagai Ummu Sibyan. Tugas Ummu Sibyan ini adalah mengganggu bayi yang baru lahir, anak-anak kecil yang berumur dua tahun ke bawah serta wanita hamil.

Jika bayi anda menangis terutama waktu maghrib dan tengah malam, kerapkanlah melazimi bacaan ayat suci Al-Quran, doa dan merukyah bayi serta rumah Mama.

#4. Masalah penghadaman

Masalah susu atau makanan yang tidak dihadam juga merupakan antara faktor bayi menangis.

#5. Usus sensitif/Alahan

Selain itu, alahan kepada protein yang terdapat dalam susu tepung juga menjadi faktor penyumbang.

#6. Angin dalam badan

Masalah kembung perut akan berlaku apabila bayi mengalami alahan daripada susu.

#7. Masalah interaksi

Kekurangan komunikasi antara ibu dan bayi menyebabkan mereka terasa sunyi atau bersendirian.

#8. Bunyi bising

Bunyi bising juga boleh membuat bayi berasa terganggu dan tidak selesa.

#9. Lambat beri susu

Kadang-kadang jika diberikan susu lambat terutama susu botol juga turut membuatkan bayi mula menyebal dan meragam.

#10. Persekitaran baru

Bayi yang baru lahir memerlukan masa untuk menerima keadaan persekitaran yang baru.

Cara-cara Mengatasinya

Terdapat beberapa langkah atau cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini iaitu:

  1. Mandikan bayi pada waktu yang tetap dan memberi urutan sebelum memandikannya.
  2. Membedung bayi untuk membuatkannya berasa seperti sedang berada di dalam rahim.
  3. Usap atau tepuk bayi dengan lembut untuk tenangkannya.
  4. Sentiasa memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dan alunan zikir kepada bayi.

Sebagai ibu, Mama harus sentiasa sabar dan tenangkan diri dalam menghadapi situasi ini. Sentiasa positifkan diri dan menerima perlahan-lahan cabaran membesarkan bayi sawan tangis sambil melakukan ikhtiar untuk merawatnya.

Adalah lebih baik, jika Mama membawa bayi untuk menerima rawatan secara perubatan Islam untuk bayi pulih seperti sediakala.

Moga bermanfaat!


Dapatkan pelbagai tips dan petua pencegahan yang lain dengan klikĀ SINI.