KelabMama

SAWAN TANGIS (COLIC) PUNCA BAYI MENANGIS LUAR BIASA KUAT

Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas. Setiap individu, ibu bapa, keluarga terdekat serta orang sekeliling akan merasa kurang senang apabila mendengar bayi menangis, apatah lagi jika bayi itu berteriak kuat dan berpanjangan.

 

APAKAH COLIC / SAWAN TANGIS?

Sawan tangis atau ‘infantile colic’ merupakan keadaan bayi yang menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih (rule of three). Kondisi ini sebenarnya agak lazim berlaku memandangkan ianya terjadi kepada satu hingga dua daripada lima bayi yang dilahirkan.

Bayi yang mengalami masalah colic kebiasaannya menangis berlebihan terutama sekali pada waktu petang dan malam. Namun serangan sawan tangis ini masih boleh berlaku pada bila-bila masa dan sukar dijangka. Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu serta akan hilang apabila bayi mencecah usia tiga atau empat bulan. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan.

 

APAKAH TANDA-TANDA COLIC?

Jika dilihat, bayi yang mengalami colic mempunyai tangisan yang luar biasa kuatnya. Tanda-tanda colic boleh dikesan ketika bayi menangis, tangan mereka tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat. Pelbagai usaha boleh dilakukan ketika sawan tangis terjadi seperti memberi bayi susu badan, puting tiruan, mendodoi, membedung bayi namun lazimnya masih gagal untuk mententeramkan bayi. Sawan tangis juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.

 

KENAPA BAYI MENDAPAT COLIC?

 

BAGAIMANA MERAWAT COLIC?

Pelbagai kajian telah dilakukan oleh saintis seperti urutan (infat massage), chiropractic, membedung (swaddle), gripe water, teh herba dan penggunaan ubat seperti simethicone tetapi malangnya semuanya tidak terbukti berkesan untuk merawat colic. Setakat ini hanya usaha dan rawatan berikut sahaja terbukti dapat mengurangkan sedikit tangisan bayi. Pengambilan ubat seperti probiotic (mengandungi Lactobacillus reuteri (strain DSM 1793), pemberian susu hypoallergik jika tidak menyusu badan dan pengurangan pengambilan makanan tenusu, gandum dan kekacang di dalam diet seharian ibu yang menyusu anak.

 

KESAN AKIBAT COLIC

 

 

 

Sumber: Dr Maryamjameelah Razali  / www.doktorbudak.com