Mama jangan ambil mudah dengan pre-eclampsia atau sawan ketika hamil ini! Penyakit ini selalunya dihadapi oleh Mama mengandung.
Di katakan penyakit ini merupakan punca ke empat kematian Mama selepas bersalin. Komplikasi penyakit ini bukan bahayakan nyawa Mama je, baby pun turut terkesan sekali.
Apa itu Pre-Eclampsia atau Sawan Ketika Hamil?
Pre-Eclampsia atau pra-eklampsia berlaku kepada Mama ketika kandungan berusia selepas 20 minggu. Di mana akan terjadi apabila Mama mempunyai tekanan darah tinggi.
Komplikasi kehamilan ni akan memberi kesan kepada tekanan darah tinggi Mama dan sistem organ yang lain seperti buah pinggang dan hati. Kesihatan bayi juga boleh turut terjejas.
Perlu diberikan perhatian lebih pada kesihatan Mama terutamanya Mama yang sedang hamil anak pertama.
Malah, eklampsia ni boleh berlaku semasa proses melahirkan atau dalam tempoh 48 jam selepas Mama melahirkan baby.
Pre-eclampsia ini akan pulih dengan sendirinya selepas Mama melahirkan tetapi Mama masih lagi dalam keadaan yang berisiko untuk alami pra-eklampsia sehingga lah empat minggu selepas melahirkan.
Terutamanya kalau pra-eklampsia Mama hadapi agak teruk ataupun Mama didiagnosis ketika usia kandungan Mama 37 minggu atau lebih.
Simptom-simptom Sawan Ketika Hamil
1. Tekanan Darah Tinggi
Simptom ni yang paling umum Mama alami pra-eklampsia. Situasi ni mudah dikesan sekiranya bacaan tekanan darah Mama mencecah sehingga 140/90. Boleh terjadi juga bacaannya melebihi daripada 140/90.
Kalau situasi ini terjadi ketika kandungan Mama di usia 20 minggu dan Mama pula tiada sejarah darah tinggi sebelum ni. Mama perlu lakukan pemeriksaan dengan segera ye.
2. Kaki Mama Bengkak
Sepanjang Mama hamil akan menjadi kebiasaan Mama hadapi bengkak pada anggota badan Mama. Selalunya Mama akan alami bengkak pada kaki.
Tetapi tidak normal apabila kaki Mama mengalami bengkak yang teruk serta bengkak di kawasan lain seperti muka, mata dan tangan.
Sekiranya bengkak pada kawasan ini berlaku Mama perlu segera berjumpa dengan doktor. Untuk memastikan adakah simptom pra-eklampsia atau bukan.
3. Mama Alami Pening Kepala
Sama ada sakit kepala yang Mama alami berat, ringan atau berdenyut kemungkinan boleh jadi salah satu simptom pra-eklampsia tau.
Sebab tu, bila Mama makan ubat tahan sakit pun masih lagi rasa pening kepala Mama tak boleh nak anggap situasi ni biasa je.
Lagi-lagi bila berlaku perubahan pada penglihatan Mama serta menjadi sensitif pada cahaya Mama perlu segera berjumpa dengan doktor.
4. Berat Badan Naik Secara Mendadak
Sekiranya berat badan Mama naik secara mendadak seperti dalam seminggu berat Mama naik satu kilogram ini merupakan salah satu simptom preeklampsia.
Simptom ni berlaku kerana pembuluh darah yang rosak menyebabkan air bocor dan telah masuk ke pelbagai jaringan dalam badan.
Jadi air tersebut tidak memasuki ke buah pinggang Mama yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing.
5. Terdapat Protein dalam Air Kencing Mama
Terdapat protein dalam air kencing atau proteinuria juga biasanya menunjukkan Mama alam keadaan pra-eklampsia tau.
Di mana pra-eklampsia ini boleh rosakkan buah pinggang Mama yang sepatutnya berfungsi untuk menyaring cairan dalam tubuh badan Mama.
Protein ni sepatutnya diserap dalam darah untuk dialirkan ke seluruh badan masuk ke dalam air kencing sehingga dikeluarkan dari badan. Ini yang menyebabkan banyak protein yang berguna hilang daripada badan Mama.
Faktor Risiko Keadaan ini Berlaku?
- Mempunyai sejarah pre-eclampsia dalam keluarga Mama. Sekiranya ahli keluarga Mama pernah mengalami sawan ni kemungkinan Mama pun boleh alaminya juga.
- Tekanan darah tinggi yang kronik. Mama hamil yang mempunyai hipertensi yang agak kronik, Mama berisiko tinggi untuk mengalami pre-eclampsia ini.
- Selain itu, Mama mempunyai sejarah mengalami beberapa penyakit. Seperti tekanan darah tinggi yang kronik, migrain, diabetes jenis 1 dan 2, penyakit buah pinggang serta cenderung untuk mengalami penyakit lupus.
- Bagi Mama yang first time hamil juga berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi ini.
- Mama yang hamil anak kembar. Mama yang hamil kembar sama ada dua atau lebih juga berisiko tinggi tau.
- Jarak antara kehamilan Mama dengan yang lepas. Seperti kehamilan Mama jaraknya kurang dari dua tahun atau lebih daripada sepuluh tahun ianya berisiko tinggi.
- Bagi Mama yang sangat muda atau yang berumur 35 tahun ke atas berisiko tinggi mengalami komplikasi ini ketika Mama hamil.
Apakah Cara Merawat Sawan Ketika Hamil Ini?
1. Mama Pre-eclampsia Rehat Secukupnya
Sekiranya tekanan darah Mama naik secara sederhana je, doktor akan menasihat Mama untuk banyakkan berehat.
Mama boleh cuba dengan cara berberbaring di sisi kiri kerana keadaan ini akan membantu dalam pengaliran darah ke plasenta atau Mama boleh duduk dalam keadaan menegak.
Mama juga dinasihatkan supaya ambil tekanan darah darah sama ada Mama lakukan di rumah atau di hospital secara berkala.
Tetapi kalau tekanan darah Mama naik, Mama akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan Mama dapat dipantau oleh doktor.
Selain itu, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesa tumbesaran baby dan alat kardiotokografi (CTG) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung dan kesihatan baby.
Tujuan rawatan ini dijalan untuk teruskan kehamilan Mama seberapa lama yang boleh supaya dapat memberikan peluang sebaiknya sehingga baby matang.
2. Suntikan Ubat Magnesium Sulfat
Kemungkinan Mama akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Sekiranya Mama yang mempunyai pra-eklampsia akan diberikan ubat tersebut jadi risiko Mama untuk eklampsia atau sawan dapat dikurangkan sehingga separuh.
Kalau tekanan darah Mama tak dapat dikawal juga, doktor akan cadangkan Mama melahirkan baby melalui caesarean.
Sebab itu, Mama perlu berwaspada dan peka dengan kesihatan Mama ketika hamil ini. Dengar nasihat dan saranan yang doktor berikan, ini semua untuk menjaga kesihatan Mama dan juga baby.
Jangan ambil mudah dengan setiap simptom yang Mama hadapi. Lakukan pemeriksaan untuk ketahui kesihatan Mama dalam keadaan baik selalu.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Sekiranya Mama mengalami pelbagai simptom lain ketika hamil, boleh dapatkan maklumat lanjut di SINI.