KelabMama

Meriahkan Sambutan Krismas di ‘Blessed Christmas’ @ Sunway Pyramid Mall Disember Ini

christmas di sunway pyramid 2020

Eh, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Disember! Sekejap sangat rasa tahun ini. Tak dinafikan, pandemik yang berlaku di seluruh dunia tahun ini telah memberikan impak yang mendalam dan pelbagai kepada seluruh manusia. Walau bagaimanapun Mama, jangan mudah mengalah dan patah semangat. Mama masih boleh mengambil angin dan meluangkan masa di pusat membeli-belah, dengan mengikuti semua SOP yang telah disarankan. 

Apa yang istimewanya bulan Disember ini? Selain cuti hujung tahun, sambutan Krismas merupakan perayaan utama yang diadakan sebelum tibanya tahun baru. Untuk mengembalikan keceriaan para pengunjung, Sunway Pyramid menganjurkan sebuah kempen ‘Blessed Christmas’ yang bertujuan untuk memupuk nilai kesyukuran sambil menantikan permulaan baharu.

Bermula dari hari ini sehingga 31 Disember 2020, para pengunjung dijemput untuk memeriahkan kempen ‘Blessed Christmas’ dengan menikmati pelbagai tawaran dan aktiviti menarik. Antaranya ialah:

Dan banyak lagi! Kempen ‘Blessed Christmas’ ini juga akan dijalankan dengan mengikuti SOP dan langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan. 

Ujar Pengurus Besar Operasi Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway), Jason Chin, “Pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan akan memantau seluruh pusat beli-belah untuk memastikan para pengunjung merekodkan suhu, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Usaha-usaha ini dikerahkan untuk memastikan para pengunjung boleh membeli-belah dengan selamat.” 

Mama yang datang tu jangan lupa untuk ikut SOP ya. 

Setitik Darah Anda Sangat Bermakna untuk Yang Memerlukan

Musim pandemik ini juga mengajar kita untuk muhasabah diri dan menunjukkan betapa pentingnya sifat kemanusiaan, kekeluargaan dan harmoni antara satu sama lain. Salah satu cara untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan dan menyelamatkan nyawa ialah, Mama boleh menderma darah disamping membantu Sunway Pyramid mencapai sasaran 5,000 pendermaan sepanjang kempen ini berlangsung di seluruh pusat beli-belah Sunway. 

Jadual Blood Donation Drives di Sunway Pyramid Mall

Masa untuk Mencantikkan Lagi Insta-feed Anda! 

Anda juga pasti sudah lama terperap di rumah bukan? Seusai sahaja anda menderma darah, ambil peluang untuk melihat dan bergambar di dekorasi cantik dan berwarna-warni ‘Blessed Christmas’ di Sunway Pyramid. 

Di ruang LG2 Blue Concourse terutamanya, Mama boleh mengambil gambar atau ‘Insta-story’ sebuah menara Krismas yang dibina dengan tingkap kedai mainan yang diserikan dengan siluet hadiah dan perhiasan warna-warna yang ceria serta pokok-pokok Krismas yang cantik. Anda juga pasti akan terpegun dengan hiasan lampu gemerlapan di sepanjang susur jalan Sunway City sehingga ke pintu gerbang utama Sunway Pyramid. Cantik sangat!

Santa Virtual Merealisasikan Impian Anda

Apalah makna Krismas tanpa Bapa Krismas yang popular ini bukan? Meskipun sambutan tahun ini sedikit berbeza kerana situasi yang berlaku sekarang, para pengunjung masih boleh menikmati sambutan Krismas bersama Santa Claus melalui kiosk Santa Virtual yang istimewa bermula daripada 2 Disember. 

Anda boleh menyaksikan sebuah video istimewa daripada si Santa dan…nanti dulu! Tunggu sehingga ke penghujung video berkenaan kerana satu kod QR akan dipaparkan khas untuk pembeli-belah Sunway Pyramid. 

Scan kod QR tersebut dan anda boleh mengisi maklumat yang diperlukan serta menyatakan satu hajat anda sempena Krismas tahun ini di laman web yang disediakan. Pemenang yang bertuahkan menyaksikan hajat anda ditunaikan oleh Bapa Santa dan Sunway Pyramid pada penghujung kempen ‘Blessed Christmas’ nanti! 

Tawaran & Ganjaran Menarik

Seperti perayaan-perayaan sebelumnya, Sunway Pyramid telah menyediakan beberapa ganjaran istimewa buat para pembeli-belah, dimana anda boleh menebus hadiah-hadiah menarik bagi beberapa perbelanjaan minima. 

Luangkan masa bersama insan tersayang dengan membeli-belah di Sunway Pyramid Mall. Anda boleh mendapatkan keperluan Hari Krismas untuk dekorasi di rumah, mainan dan hadiah yang boleh diberikan untuk kenalan anda. 

Seperti diketahui umum, Sunway Pyramid merupakan antara salah sebuah pusat membeli-belah utama di Lembah Klang, yang menempatkan pelbagai jenis kedai berjenama seperti TRT, Pandora, Tous, Marks & Spencer, Sports Direct, Uniqlo, Topshop, Adidas, JD Sports, dan Christy Ng. 

Mama juga boleh ‘top up’ produk kecantikan Mama di kedai-kedai seperti YSL, Sephora, L’occitane, Estée Lauder, Bath & Body Works, Jo Malone, dan banyak lagi! Untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik untuk yang tersayang pula, Mama boleh dapatkan di Machines, LEGO, Toys ‘R’ Us, Kaison, Hooga, Harvey Norman, Oris, Tissot dan banyak lagi. 

Mama juga boleh membeli-belah barangan yang anda inginkan dengan mudah melalui ‘Plan Your Route’ di aplikasi mudah alih Sunway Pyramid. Anda hanya perlu memilih kedai yang anda ingin kunjungi dan ia akan menyarankan laluan paling singkat dan mudah untuk ke kedai tersebut. Lebih jimat dan cepat masa Mama untuk membeli-belah bukan? 

Weekend Staycation? Onz! 

Selain itu, Mama juga boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga dan yang tersayang selain daripada di rumah dengan bercuti atau weekend staycation di Sunway Hotels yang berada di Sunway City, lengkap dengan juadah perayaan yang enak dan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk seisi keluarga. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Blessed Christmas’ dan pelbagai tawaran menarik di Sunway Pyramid Mall, layari laman web rasmi di sini