Untuk Mama yang masih mencari persiapan untuk raya, anda harus ke Sunway Putra Mall! Saya kagum melihat keindahan dan kecantikan ruang Main Concourse Sunway Putra Mall yang telah dihias indah dengan bunga-bunga Orkid. Bunga Orkid membawa maksud cinta, kecantikan dan kemaafan, sesuai dengan suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi.
Yang paling menarik perhatian saya dan ahli keluarga semestinya pemandangan landskap hijau bersama kolah air, aroma bunga-bunga yang menyegarkan, serta bunyi kicauan burung yang menenangkan. Baru beberapa hari berpuasa, namun suasana di Sunway Putra Mall buatkan anda berasa bagaikan sudah berada di kampung!
3 Mei – 16 Jun 2019 di Main Concourse Sunway Putra Mall
Bertemakan ‘Bunga-bunga Raya’, Sunway Putra Mall turut menyediakan photobooth khas untuk orang ramai bergambar sebanyak mana yang diinginkan. Saya cadangkan Mama datang membeli-belah persiapan raya di Sunway Putra Mall kerana 6 highlight yang best ini menanti anda hingga 16 Jun 2019!
#1 Bergaya Bersama Pereka Fesyen Tempatan
Beraya dengan koleksi pakaian raya eksklusif daripada pereka fesyen tempatan seperti Tom Abang Saufi, VARIANTE, Salikin Sidek, PETRA, EMEL dan Natasha Ameer! Pakaian yang dipamerkan sangat cantik, berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang amat berpatutan! Rambang mata dibuatnya!
Designer Showcase
10 am – 10 pm; 3 Mei – 16 Jun 2019
Ground Floor, Main Concourse
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton acara Pertunjukan Fesyen oleh pereka fesyen tempatan yang memaparkan koleksi tradisional raya yang sentiasa dekat di hati.
Aidilfitri Market
10 am – 10 pm; 7 Mei – 2 Jun 2019
Ground Floor, East Wing
Bukan itu sahaja, fesyen pakaian oleh jenama terkenal seperti Rumah Kebaya Bangsar, Abas & Sal Batik, dan lain-lain pun ada di East Wing, Aras Ground Floor. Anda juga boleh menambah koleksi pakaian daripada Bohari, Uniqlo, MAX Fashion, Brands Outlet, Monki, Padini, Dressing Paula dan banyak lagi dengan harga promosi yang menarik!
#2 Kraftangan Klasik Sentiasa di Hati
Bazar Kraftangan
10 am – 10 pm; 8 Mei – 2 Jun 2019
Aras 2, East Wing
Untuk dekorasi rumah sempena Raya nanti, saya dapatkan beberapa barang tradisional yang comel dan menarik seperti batik buatan tangan di Bazar Kraftangan. Anda juga boleh dapatkan cenderamata, pelbagai pilihan kuih raya dan banyak lagi barangan hiasan yang sangat menarik dan comel-comel belaka! Mohon kuat iman ya Mama bila berada di bazar ni.
Bengkel Seni & Kraftangan
3-4pm; 4 Mei – 16 Jun 2019 (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Ground Floor, Main Concourse
Dalam pada pada sibuk membeli-belah, kami juga luangkan masa bersama anak-anak dengan menyertai Bengkel Seni & Kraftangan. Anak-anak berpeluang belajar membuat barang kemas, mempelajari seni Batik, seni menenun kain, dan juga membuat kraftangan menggunakan rotan. Seronok lihat anak-anak mengenali budaya Tradisional Melayu yang semakin dilupakan.
#3 Masa untuk Manjakan Diri
Beauty Corner
10 am – 10 pm | 7 Mei – 2 Jun 2019
Ground Floor, West Wing
Bersempena musim perayaan ini, Sunway Putra Mall juga menyediakan booth Syed Dewa dan NR Cosmetics tau! Siap ada promosi yang best lagi di Beauty Corner, aras Ground Floor.
Beauty Makeover Workshops
5:30pm – 6:00pm | 5, 20, 25 Mei & 1 Jun 2019
Ground Floor, Main Concourse
Hampir tewas juga apabila diberitahu mengenai promosi di M.A.C Cosmetics, Inglot, The Face Shop & Tony Moly! Selain promosi menarik di jenama-jenama terkenal ini, anda juga berpeluang untuk menyertai Bengkel Beauty Makeover yang dikendalikan oleh jurusolek berpengalaman. Make-up raya nanti pasti nampak lebih cantik dan flawless!
#4 Serlahkan Kreativiti
Kempen Bunga-bunga Raya juga membawakan Kelas Gubahan Bunga khas untuk mereka yang ingin belajar teknik menggubah bunga pasu yang cantik. Lagi pulak, kelas ini percuma untuk sesiapa yang berminat! Ia akan diadakan pada setiap hujung minggu bermula 18 Mei hingga 16 Jun nanti!
Flower Arrangement Workshop
4:30pm – 5:00pm | 25 & 26 Mei, 1& 2 Jun 2019
Ground Floor, Main Concourse
#5 Iftar Bersama Lebih Bermakna
Untuk berbuka puasa pula, promosi ‘Let’s Eat & Jom Iftar’ di Selera Street menarik perhatian kami sekeluarga. Restoran-restoran di Selera Street seperti Kaw Kaw Burger, Simply Chicken, Subway, Sarawak Bowl, Kebab King dan banyak lagi, menawarkan set promosi sempena Ramadan pada harga RM10 SAHAJA!
Let’s Eat & Jom Iftar
12-3pm (Let’s Eat) & 7-10pm (Jom Iftar) | 6 Mei – 4 Jun 2019
Aras 4, Selera Street
Promosi ini bermula pada jam 12 tengah hari hingga 3 pm dan untuk umat Islam yang berpuasa, pada jam 7-10 malam setiap hari. Pilih je restoran mana Mama suka dan nikmati set promosi yang lazat dan murah! Kalau nak tahu lebih lanjut,
Tambahan lagi, pelbagai outlet F&B di Sunway Putra Mall turut menawarkan pelbagai pilihan bufet dan set berbuka pada harga yang istimewa! Antaranya ialah Sepiring, Onde-onde, Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Dolly Dim Sum, Absolute Thai, Narenj, dan banyak lagi.
#6 Tebus Hadiah Saguhati Istimewa
Hasil membeli-belah baju dan keperluan Raya di mall ini memberi peluang pada saya untuk menebus satu set Hidangan Kuih Raya dan satu Paket Sampul Duit Raya eksklusif daripada Sunway Putra Mall. Anda hanya perlu berbelanja lebih RM250 dalam 2 resit (RM150 untuk pemegang kad kredit HSBC & ahli Sunway PALS), untuk menebus satu Paket Sampul Duit Raya eksklusif daripada Sunway Putra Mall.
Sekiranya anda berbelanja hingga RM400 (RM300 untuk pemegang kad kredit HSBC & ahli Sunway PALS) dalam 3 resit, anda berpeluang untuk mendapatkan set Hidangan Kuih Raya atau satu pasu Orkid. Bestkan!
Mesra Keluarga & Kanak-kanak
- Stroller, wheelchair, kit pertolongan cemas dan lain-lain
Apa yang bestnya membeli-belah di Sunway Putra Mall ini adalah kemudahan dan servis yang disediakan sangat sesuai untuk seisi keluarga, terutamanya yang beranak kecil. Sekiranya Mama terlupa membawa stroller, anda boleh *meminjam stroller yang disediakan khas untuk bayi dan kanak-kanak dibawah umur 2 tahun atau berat di bawah 15kg. Wristband keselamatan untuk kanak-kanak, wheelchair dan kit pertolongan cemas untuk mereka yang memerlukan juga boleh didapati di Kaunter Concierge, Ground Floor.
*Tertakluk pada terma & syarat.
- Bilik Bayi @ LG, G, Aras 1, Aras 3 dan Aras 4
Bilik bayi yang dilengkapi dengan dispenser air Cuckoo, ruang untuk menyusu dan menukar lampin, serta sabun dan sanitizer daripada Pigeon, turut disediakan di LG, G, Aras 1, Aras 3 dan Aras 4. Menyusu dan menukar lampin bayi menjadi lebih mudah dan sangat selesa dengan kelengkapan yang disediakan di setiap bilik bayi ini!
- Surau baru di Aras 5
Memahami kepentingan dan keperluan umat Islam, mall ini juga telah menyediakan sebuah lagi surau di Aras 5. Surau baru ini lebih besar, selesa, dan cantik! Lengkap dengan keperluan untuk solat, surau ini turut dihias indah dengan bunyi-bunyian dan cahaya lampu yang menenangkan. Yang paling istimewa, anda dapat menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur daripada surau ini! Pemandangan yang cantik dan dekorasi surau yang tenang membuatkan kita rasa lebih khusyuk untuk beribadah.
Sertai pelbagai aktiviti menarik di atas hanya di Sunway Putra Mall sepanjang Ramadan hingga 16 Jun ini. Jangan lupa untuk bergambar di ruang Bunga-bunga Raya Sunway Putra Mall, dan kongsikan di Instagram dengan hashtag #BungaBungaRaya, #SunwayPutraMall dan #RayaDiBandar!
Untuk maklumat lanjut, layari:
Website: Bunga-bunga Raya di Sunway Putra Mall
Facebook: @sunwayputramall
Instagram: @SunwayPutraMall