Setiap tahun, seluruh negara Malaysia di setiap negeri akan mengadakan acara sambutan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos bagi menghargai dan berbangga dengan keamanan serta kemerdekaan yang kita nikmati hari ini, hasil jasa daripada perjuangan orang terdahulu.
Namun sambutan terbesar akan diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke- 66 tahun 2023 akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3.
Walaupun kebiasaannya acara sambutan hari kemerdekaan diadakan di dataran merdeka Putrajaya juga pernah menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019.
Mama Papa yang dapat cuti tu, mari ramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-66! Mama Siti nak kongsikan pelbagai acara dan aktiviti menarik di sana.
Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-66 Putrajaya
Tarikh : 31 Ogos 2023
Waktu : 7:00 pagi
Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3
Tema
Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan ialah tema yang dipilih bagi mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang memiliki semanagt perpaduan yang tinggi, bersatu padu seta kehidupan yang aman dan sejahtera.
Maksud
Malaysia Madani bermaksud sebuah konsep panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran negara yang lebih manusiavi. la bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.
Logo
- Jalur : Bentuk Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia
- Bulatan : Bulatan berwarna biru pula menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
- Bulan Sabit : Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan
- Bintang : Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
- Warna biru, Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
- Warna merah keberanian, jatidiri dan keazaman
- Warna kuning, Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
- Warna putih, keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni
Lagu Tema
Tajuk: Malaysia Madani
Ciptaan : Bunkface
Lirik : Sam & Pidaus
Penyanyi : Bunkface
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malavsia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hat jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Dava cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
Malaysia! Madanil
Bersatu
Untuk
Negara
Kita
Acara Menarik
Perarakan
- Perarakan 10 Komponen Kontinjen
- Kenegaraan
- Perpaduan Malaysia MADANI
- Ekonomi
- Perbankan
- Telekomunikasi
- Industri Kreatif
- Komuniti
- Sukan Negara
- Kesejahteraan
- Keselamatan Negara
- Perarakan Belon Watak Animasi Mechamato, Upin & Ipin, cosplay dan pelbagai maskot watak terkenal
- Perarakan Kontigen 30 kereta antik yang membawa 30 orang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia
- perarakan 30 ekor kuda dari Unit Berkuda PDRM.
- Perarakan Kontigen 30 kereta antik yang membawa 30 orang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia
Tidak dilupakan sama sekali 37 kumpulan pancaragam yang mengiringi kontinjen semasa acara perbarisan dan perarakan!
Persembahan Lain-Lain
- Persembahan Artis Terkenal Tanah Air
- (Bunkface, Nadeera Zaini, Hazraniza Dollah, Jacklyn Victor, Suki Low dan Zizi Kirana)
- Persembahan Gendang Madani
- Persembahan Tarian 1000 Penari
- Persembahan Aksi Wira Merah Tentera Diraja Malaysia
- Persembahan Terjunan Tepat VAT 69 Polis Diraja Malaysia PDRM
Pelan Tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2023
Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya dibahagikan kepada lima zon iaitu :
- Zon Satu : Bermula dari hadapan bangunan Galleria hingga ke Bulatan Gemilang, sebagai lokasi peserta kontinjen perbarisan berkumpul.
- Zon Dua : Bertempat di Dataran Putrajaya yang menempatkan Petak Diraja, pentas persembahan utama dan skrin LED bersaiz gergasi.
- Zon Tiga : Terletak di tapak Anjung Floria, Presint 4 pula menempatkan aset-aset ketenteraan sebelum menyertai perarakan
- Zon Empat : kawasan parkir berhampiran restoran makanan segera McDonalds akan menempatkan aset hidup iaitu 58 ekor kuda dan meriam dari Angkatan Tentera (ATM).
- Zon Lima : Lokasi perarakan iaitu di sepanjang Persiaran Perdana yang akan dilengkapi kemudahan seperti tempat duduk bertingkat berkapasiti 4,000 tempat duduk; khemah bantuan pasukan perubatan serta skrin di enam lokasi bagi memudahkan orang ramai yang berada jauh dari Zon Dua menyaksikan aktiviti persembahan di pentas utama.
Lokasi Pick & Waktu Operasi Shuttle Bus Sambutan Hari Kemerdekaan 2023
Laluan pertama
Pick Up Point : Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7
Drop Off Point : di Jalan Tun Abdul Razak, Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya, Presint 3
Laluan kedua
Pick Up Point : di Putrajaya International Convention centre (PICC)
Drop Off Point : di Jalan Tun Hussein (Belakang Istana Kehakiman), Presint 3
Masa operasi bermula dari pukul 4:00 pagi hingga 2:00 petang. Perkhidmatan shuttle bus akan beroperasi setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit bukan pada waktu puncak.
Untuk maklumat lanjut, layari http://merdeka360.my/web/
Mama Siti akan kongsikan banyak lagi maklumat acara terkini di SINI.