Mungkin ada yang pertama kali mendengarnya terutama kaum Adam. Ketahuilah, ilmu ini barangkali boleh membantu kamu saat isterimu butuh pertolonganmu selepas bersalin. Sakit Rengat atau ‘AFTER BIRTH PAIN” adalah sakit menyerupai senggugut selepas bersalin. Ada pihak mengatakan sakit ini lebih kuat daripada sakit kontraksi semasa hendak bersalin. Ini adalah antara proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya. Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini. Mengapa pula?
- Penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.
- Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan berlaku TUMPAH DARAH. Biasanya sakit ini hanya berlaku pada anak kedua dan ke atas dan jarang berlaku kepada ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
- Durasi kesakitan pula sekitar 2-10 hari bergantung kepada keadaan. Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui mengatakan durasinya bergantung kepada bilangan anak. Semakin banyak anak, semakin lama sakitnya.
BAGAIMANA MENGHILANGKAN SAKIT?
- Ada kajian di PubMed yang menunjukkan assosiasi stress dan depresi kepada ibu yang kesakitannya gagal diuruskan dengan baik selepas bersalin. Jadi penting menguruskan kesakitan ibu selepas bersalin dengan baik!
- Pilihan terbaik adalah penggunaan ubat penahan sakit NSAID yang telah terbukti secara kajian memang berkesan. Gabungannya dengan Ubat Paracetamol juga dilihat berkesan.
- Teknik pernafasan atau hipnosis juga dapat membantu mengawal kesakitan.
- Antara tips lain adalah sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.
- Petua tradisional juga boleh diamalkan seperti meletak tuku / batu panas ke atas rahim / losyen panas untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan mengikut kadar yang disarankan sahaja dan tidak berlebihan. Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Dibimbangi rawatan yang tanpa kajian boleh mengganggu penyembuhan luka dalaman.
TIP ATASI RENGAT SELEPAS BERSALIN
- Cuba kencing dengan kerap. Sebab punci kencing yg penuh akan mengambil ruang rahim. Sebab tu la rengat boleh terjadi. In fact bukan takat sakit je. Pendarahan pon boleh jadi lebih teruk lagi. Jangan tahan dari buang air besar.
- Berurut dapat melancarkan peredaran darah terutama di kawasan rahim dan dapat kurangkan sakit rengat.
- Bertungku juga dapat membantu mempercepatkan rahim mengecut dan membantu darah yang tersekat untuk keluar dari badan.
- Sapu krim atau minyak panas. Semasa di hospital, boleh bawa siap-siap krim atau minyak panas dalam beg. Jadi sementara nak tunggu keluar hospital, jika kena rengat boleh sapu krim/minyak panas untuk kurangkan rengat.
- Minum air ibu kunyit. Ibu kunyit dikatakan boleh mempercepatkan pengecutan rahim tapi tak boleh ambil banyak-banyak. Ada yang ambil secawan sehari selama 3 hari sahaja atau 3 kali untuk sehari sahaja.
Sumber: drafiqrahim.com / intenet