KelabMama

Mama Sakit Pinggang Ketika Hamil? Pakar OBGYN Kongsikan Tips untuk Mama Atasi Masalah Ini

tips atasi masalah sakit pinggang ketika mengandung
Dr Mardiana bt Kipli, Perunding Obstetrik & Ginekologi, Pakar Kesuburan

Sakit pinggang ketika hamil adalah salah satu masalah biasa yang dihadapi Mama ketika mengandung.

Perubahan fizikal, hormon, serta peningkatan berat badan boleh memberi tekanan pada tulang belakang dan otot, menyebabkan ketidakselesaan yang ketara.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut cara untuk mengatasi masalah ini, Mama Siti telah mendapatkan temubual bersama Dr Mardiana bt Kipli, yang merupakan Perunding Obstetrik & Ginekologi, Pakar Kesuburan daripada Sunway Fertility Centre Kuching.

Temu bual ini akan mambantu mengatasi masalah Mama sakit pinggang ketika hamil dan menjaga kesihatan Mama sepanjang tempoh tersebut.

1. Apakah punca utama berlakunya sakit pinggang ketika hamil, dan bagaimana perubahan hormon mempengaruhi keadaan ini?

Sakit belakang adalah biasa untuk wanita mengandung disebabkan hormon relaxin dan progesteron.

Otot dan ligamen dalam badan akan lebih longgar dan postur badan wanita akan berubah untuk menampung perut yang semakin besar.

2. Adakah sakit pinggang semasa hamil menandakan masalah yang lebih serius? Jika ya, apakah tanda-tanda yang perlu Mama tahu?

Mengikut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita hamil akan mengalami sakit belakang dan lazimnya keadaan ini tidak mendatangkan kesan yang serius.

Namun begitu, sekiranya sakit ini berlarutan sehingga mengalami kesukaran untuk berjalan atau bergerak, sila berjumpa dengan doktor sakit puan Mama untuk pemeriksaan lebih lanjut.

3. Adakah terdapat kaedah atau latihan tertentu yang boleh membantu Mama mengandung mengurangkan back pain mereka?

Terdapat beberapa jenis senaman ringan boleh dilakukan oleh wanita mengandung untuk mengurangkan sakit belakang seperti yoga, berenang dan senaman menggunakan bola gym. Senaman ini adalah selamat dilakukan semasa hamil.

4. Adakah sakit pinggang yang lebih teruk boleh menjadi tanda kehamilan kembar, dan apakah perbezaannya dengan kehamilan tunggal?

Wanita yang mengandung kehamilan kembar akan mengalami sakit belakang lebih teruk disebabkan berat bayi yang dikandung.

Sakit ini lebih dirasai pada trimester ketiga disebabkan saiz perut wanita kehamilan kembar lebih besar berbanding kehamilan tunggal.

5. Adakah selamat bagi Mama mengandung untuk mengambil ubat penahan sakit, dan jika ya, apakah jenis ubat yang boleh disarankan?

Mama mengandung perlu elakkan mengambil ubat penahan sakit terutamanya ubat kumpulan NSAIDS (non steroidal anti-inflammatory drugs) kerana ianya tidak selamat untuk bayi.

Ubat paracetamol boleh diambil ketika perlu tetapi perlu dipastikan dos paracetamol ini tidak berlebihan daripada apa yang disarankan oleh doktor.

6. Bagaimana perubahan dalam berat badan Mama mengandung mempengaruhi tahap back pain mereka?

Sekiranya berat badan wanita hamil naik secara mendadak semasa mengandung, beban berat berlebihan ini bersama dengan berat bayi dalam kandungan akan menyebabkan sakit belakang lebih teruk.

7. Apakah posisi tidur yang terbaik untuk Mama yang mengalami sakit pinggang ketika hamil?

Tidur dalam keadaan mengiring ke tepi adalah baik untuk wanita mengandung yang kerap sakit belakang.

Bantal boleh diletakkan di belakang badan dan di bawah kaki sebagai alas untuk memberi sokongan lebih baik semasa baring. Maternity pillow yang dijual di pasaran juga salah satu bantal yang boleh digunakan.

8. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah back pain ketika hamil?

Gaya hidup aktif merupakan salah satu cara untuk mengurangkan sakit belakang. Postur duduk atau berdiri mestilah betul dan elakkan membongkok badan semasa mengangkat barang.

Sebaik-baiknya, bengkokkan lutut untuk mengambil barang di atas lantai supaya tidak mencederakan otot belakang. Senaman khas untuk menguatkan otot-otot belakang juga baik diamalkan sepanjang trimester.

9. Apakah jenis sokongan fizikal atau alat bantu yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit pinggang ketika hamil?

10. Bagaimana peranan postur badan yang betul dalam mengurangkan sakit pinggang ketika hamil?

Ketika mengandung, graviti badan akan berubah ke hadapan disebabkan perut yang semakin membesar.

Dengan itu, wanita akan mengubah postur badan untuk menampung berat perut ini terutamanya ketika duduk. Aktiviti menundukkan badan perlu dielakkan seperti mengangkat barang berat.

11. Adakah sakit pinggang ini akan berterusan selepas Mama bersalin, dan apakah yang boleh dilakukan untuk mencegahnya?

Lazimnya sakit belakang akan mengambil masa untuk pulih selepas bersalin. Beberapa wanita akan masih mengalami sakit belakang selepas bersalin tetapi boleh sembuh selepeas beberapa bulan. Disarankan wanita selepas bersalin lebih aktif bergerak sekiranya sudah sembuh.

Senaman ringan boleh dimulakan selepas berpantang atau bila-bila masa wanita sudah rasa selesa selepas bersalin. Sila dapatkan nasihat dari doktor anda dahulu jika anda tidak pasti bila anda boleh mulakan senaman selepas bersalin nanti.


Terokai lebih banyak perkongsian pakar tentang kesihatan ketika Mama mengandung di SINI.