KelabMama

AWAS! SAKIT GUSI YANG TAK DIRAWAT KETIKA HAMIL BERISIKO PADA BAYI

Gusi bengkak merupakan salah satu perubahan pada badan mama yang hamil, selain mengalami gejala lain seperti payudara membesar, penambahan berat badan, sakit pinggang dan lain-lain.

Gusi bengkak bagi mama hamil ini dikenali sebagai gingivitis. Ia sering dialami antara dua hingga lapan minggu kehamilan. Atas sebab itu, ia mungkin menjejaskan rutin seharian 40% mama yang hamil.

Sakit gusi atau gusi bengkak mama hamil boleh dilihat apabila mama mengeluarkan sejumlah darah apabila meludah. Dari situ, mama dapat kenal pasti sama ada mama mengalami gingitivis atau sebaliknya.

Apa punca gusi bengkak bagi mama hamil?

Bila mengandung, tahap hormon progesteron adalah tinggi. Secaratak langsung, ia menambahkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gusi jadi bengkak atau berdarah. Apatah lagi, tisu gusi juga akan menjadi lebih sensitif berbanding sebelumnya.

Perubahan hormon ini juga boleh mengganggu tindak balas badan terhadap bakteria dan mungkin membawa kepada jangkitan atau penyakit gusi.

Sekiranya mama mengalami gingivitis pada dua bulan hamil, ia biasanya semakin meningkat pada usia kehamilan lapan bulan.

Tanda-tanda gusi bengkak mama hamil

Berikut beberapa tanda biasa mengenai keadaan ini:

Apakah risiko yang mungkin dialami mama hamil berkenaan? 

Dalam satu kajian yang diterbitkan The Journal of the American Dental Association, wanita hamil dengan penyakit gusi berkemungkinan tinggi mempunyai kelahiran pramatang (sebelum minggu ke-37) berbanding mamayang memiliki gusi sihat. 

Manakala, mereka yang mempunyai gingivitis yang lebih teruk (periodontitis)mungkin mengalami kontraksi persalinan seawal minggu 32.

Cara mengatasi sakit gusi ketika hamil 

Sekiranya mama tak dapat atasi penyakit gusi ini, sila berjumpa doktor gigi tanpa terus berlengah. Dia mungkin memberi antibiotik supaya dapat singkirkan bakteria yang menyebabkan jangkitan pada gusi.

Namun, gejala sakit gusi ini akan hilang selepas bayi selamat dilahirkan tapi sebaiknya maklumkan masalah mama ini pada doktor supaya dapat mencegahnya sekaligus bagi memastikan bayi dan mama selamat serta sihat.