Wanita hamil lazimnya akan berpengalaman menghadapi sakit di bahagian celah kelengkang. Senario yang tidak menyelesakan Mama ini pastinya sedikit sebanyak menganggu atau menyekat rutin harian anda.
Nak buang air susah, nak solat pun perlu tukar sedikit cara kedudukan, malah nak duduk pun tak boleh buka kaki luas. Tapi kalau ditutup rapat antara kedua-dua peha, perut yang semain membulat pula akan menghalang.
Menurut laporan Hello Doktor, masalah sakit di celah kelengkang ketika hamil bukanlah suatu hal yang luar biasa dan ia boleh dikatakan fasa normal bagi setiap wanita yang sedang berbadan dua. Sebenarnya, banyak sebab mengakibatkan ketidakselesaan dan sakit pelvis semasa mengandung.
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca entry Mama Siti kali ini tentang punca sakit celah kelengkang ketika hamil serta tips yang mungkin membantu Mama untuk mengurangkan sakit berkenaan.
1. Symphysis Pubis Dysfunction
Symphysis pubis dysfunction (SPD) juga dikenali sebagai sakit pinggang pelvis yang mana berlaku apabila estrogen, progesteron dan relaxin meningkat semasa kehamilan. Peningkatan hormon ini menyebabkan ligamen pelvis menjadi lebih santai serta lembut dan sendi mula menjadi lebih bergerak.
Sendi di hadapan pelvis disebut symphysis pubis boleh menjadi tidak stabil seterusnya menyebabkan kesakitan. Ia boleh berlaku sejurus selepas fertilization process itu bermula dan boleh menjadi lebih teruk sehingga di akhir kehamilan.
2. Kekejangan
Rasa sakit seperti kekejangan ini cenderung berlaku bermula pada minggu ke lapan hingga ke-12 minggu kehamilan yang mana rasanya seakan mengalami pendarahan haid. Kekejangan yang berlaku ini turut dikaitkan dengan pengembangan rahim.
Simptom ini biasanya lebih menimpa kepada ibu-ibu yang hamil untuk kali kedua dan seterusnya.
3. Sakit Di Bahagian Ligamen Bulat
Pada trimester kedua, Mama mungkin merasa kesakitan tajam, menikam atau sakit di sebelah sisi. Kesakitan ini boleh berlaku apabila perkembangan bayi meregangkan ligamen daripada rahim ke pangkal paha.
Selain daripada itu, aktiviti berjalan atau bangun daripada duduk juga menyebabkan bahagian ligamen bulat atau round ligament ini lebih terasa sakit.
Jika Mama mengalami sakit celah kelangkang sebelah kiri ketika hamil, ubah posisi baring dengan mengiring di sebelah bahagian yang menyakitkan mungkin dapat menghilangkan rasa sakit (boleh berganti sisi jika kedua-dua belah berasa sakit).
4. Tekanan Daripada Berat Bayi
Pada trimester akhir, Mama mungkin mengalami tekanan di kawasan pelvis kerana berat bayi sedang membesar menekan saraf yang mengalirkan darah daripada faraj ke kaki. Kesakitan ini biasanya dialami apabila bergerak contohnya seperti sedang berjalan atau menaiki kereta kerana bayi bergoyang/melantun.
Untuk membantu melegakan tekanan, baring pada satu sisi dan berehat.
5. Sista Ovari
Kewujudan sista ovari atau cyst juga dikaitkan dengan penyebab sakit celah kelengkang ketika berbadan dua. Meskipun bukan kanser dan tidak merbahaya, tetapi ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan jika Mama menghidap cyst ketika hamil.
Ini berikutan keadaan rahim yang semakin membesar boleh memberi tekanan pada ovari. Jika sista pecah, kesakitan itu boleh bertambah lebih teruk.
Dalam kes jarang berlaku, sista boleh membesar dan menyebabkan ovari berpusing sendiri disebut sebagai kilasan ovari (ovarian torsion) yang mengakibatkan gejala seperti rasa sakit perut tajam, loya, muntah dan berpeluh.
Segera dapatkan rawatan jika berlaku kesakitan luar biasa atau tanda ganjil semasa hamil.
6. Kontraksi Braxton Hicks
Turut digelar sebagai fake contraction ini selalunya tidak menyakitkan dan cenderung berasa seperti tekanan atau pelvis ‘ketat’. Keadaan ini biasa datang dan pergi yang lebih berbentuk sporadis berbanding kontraksi bersalin sebenar.
Lazimnya, Braxton Hicks akan mula dialami pada trimester kedua atau ketiga dan ia boleh menyebabkan dehydration, justeru Mama digalakkan minum banyak air sekiranya Braxton Hicks mula berlaku.
Bagi kes ini kebiasanya ia hilang dengan sendiri. Tetapi jika Mama mengalami contraction lebih empat kali dalam tempoh dua jam, segera berjumpa doktor ya!
7. Sembelit
Sembelit ketika hamil memang tak asing bagi wanita yang berbadan dua. Situasi ini sebenarnya turut menyumbang kepada sakit di celah kelengkang. Sembelit berlaku akibat perubahan hormon berkaitan kehamilan atau pengambilan suplemen zat besi yang melambatkan proses pencernaan.
Banyakkan minum air serta mengamalkan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran atau lakukan senaman yang sesuai mungkin dapat mengurangkan gejala berkenaan.
8. Jangkitan Saluran Kencing (UTI)
Mengalami UTI semasa hamil boleh menyebabkan Mama berasa ingin kencing secara tiba-tiba. Selain itu, rasa sakit ketika membuang air kecil serta terdapat darah dalam air kencing antara tanda Mama dijangkiti UTI.
UTI yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu dan bayi. Ia boleh berkembang menjadi jangkitan pada buah pinggang, sekaligus meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang. UTI juga mengakibatkan Mama berasa sakit di celah kelengkang semasa hamil.
9. Vulvodynia
Merupakan keadaan yang menyebabkan sakit kronik pada bahagian vulva dan faraj. Walaupun puncanya tidak jelas tetapi ia boleh menyebabkan sakit celah kelangkang ketika kehamilan yang teruk.
#Tips Mengurangkan Sakit Celah Kelengkang
Selain beberapa kaedah yang Mama Siti kongsikan tadi, terdapat juga tips lain yang mungkin sesuai untuk Mama cuba bagi mengatasi rasa sakit di celah kelengkang. Antaranya seperti berikut:
- Turun ke dalam posisi merangkak dan tegakkan belakang anda agar ia rata. Tarik nafas dan hembus. Kemudian kemutkan otot lantai pelvis sambil menarik pusat ke dalam dan ke atas. Tahan cara ini selama lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tidak menggerakkan badan.
- Jika sedang berbaring, tarik lutut ke atas setinggi yang boleh kerana ia dapat menghalang pelvis dari bergerak sekaligus memudahkan anda membuka kaki.
- Jika sesuatu pergerakan itu menimbulkan rasa sakit jangan teruskan.
- Berehat di atas bola senaman bagi mengurangkan tekanan
- Jangan angkat atau tolak benda berat
- Apabila menaiki tangga, panjat satu anak tangga pada satu masa. Panjat satu anak tangga menggunakan kaki yang tidak sakit dan tarik kaki yang satu lagi.
Untuk pelbagai lagi tips tentang kehamilan, Mama boleh lihat di SINI!