KelabMama

Menu Sahur Istimewa! Nasi Lemak Cita Rasa Malaysia yang Bernutrisi Tinggi

Nasi lemak adalah menu sahur yang mesra bajet dan kaya lemak baik seperti santan asli dan telur. Lemak baik sangat penting supaya dapat ditukarkan menjadi tenaga untuk digunakan sepanjang hari berpuasa.

Syaratnya nasi dimasak dengan santan asli, dan dimakan hanya sejumlah suku pinggan, selebihnya di atas pinggan kita adalah protein berbentuk lemak baik dan juga sayuran serta bahan pelengkap nasi lemak yang lain.

Untuk mendapatkan nutrisi optimum, Mama Siti cadangkan boleh tambahkan protein seperti ikan tongkol, udang, sotong, malah juga kerang yang tinggi DHA. DHA adalah asid lemak Omega 3 yang bagus untuk kesihatan jantung, mengawal keradangan juga membantu proses kesembuhan akibat detoksifikasi badan di awal permulaan puasa.

Walaupun mungkin Mama rasa renyah nak masak nasi lemak untuk sahur, Mama Siti cadangkan Mama boleh sediakan nasi dan sambal selepas selesai moreh. Atau sambil bermoreh di rumah, Mama boleh ajak anak-anak tolong sediakan bahan nasi lemak ini.

Kredit gambar: Geehut

Nasi Lemak Sambal Udang

Bahan-bahan untuk Nasi

Cara Memasak Nasi Lemak

  1. Ambil periuk nasi dan terus masukkan kesemua bahan di atas. Hidupkan periuk nasi seperti biasa.
Kredit gambar: Rasa

2. Setelah selesai dimasak, gaulkan nasi supaya santannya sebati.

Kredit gambar: Mstar

Bahan-bahan untuk Sambal Udang

Cara Memasak Sambal Udang

  1. Tumis cili, bawang merah dan bawang besar serta belacan hingga pecah minyak dan naik baunya. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
Kredit gambar: MY KMU

2. Boleh tambahkan sebarang udang, sotong atau ikan bilis.

Kredit gambar: Cookpad

Resepi oleh: Gee Hut

Tips khas

Sediakan bahan lain untuk dimakan bersama menu nasi lemak ini lebih awal seperti, timun, telur rebus, ikan bilis goreng dan juga kacang tanah goreng. Mama boleh lebihkan telur dan kurangkan nasi supaya lebih bertenaga di siang hari.

Selain itu, untuk menambah nutrisi nasi lemak ini, Mama Siti cadangkan boleh tambahkan halia dan bawang merah sewaktu memasak nasi di dalam periuk nasi. Lebihkan sedikit untuk makanan anak-anak di siang nanti. Jika mama mencari resepi perapan ayam untuk mudah prep bagi sahur nanti, boleh baca di sini.

Selamat bersahur!