KelabMama

Cakna Kepentingan Safety Harness atau Child Safety Demi Keselamatan Anak. Usah Pedulikan Pandangan Orang!

penting kegunaan tali harness

Mama Papa yang menggunakan safety harness atau child leash ni selalu akan dapat kritikan atau bash daripada sesetengah individu. Bagi mereka, gunakan harness atau tali keselamatan ni ibarat mengokong anak-anak dan tak memberi kebebasan kepada anak-anak.

Sampaikan ada Mama Papa rasa takut nak gunakan harness pada anak-anak Sebenarnya kita pakaikan harness ni untuk secure tentang keselamatan mereka walaupun bukanlah seratus peratus.

Lagi pun, pakaikan harness ni membuatkan anak-anak bebas bergerak, disamping menjamin keselamatan mereka di sisi kita, tanpa perlu memimpin tangan atau mengendong.

Kredit Gambar: Iluminasi

Maklum lah ada anak yang hyperactive sehingga Mama Papa pun surrender nak handle mereka bila berada di luar. Mama Siti pun ada juga gunakan safety harness ni kalau bawa anak-anak pegi mall.

Sebab anak kecil ni, bukan boleh. Kejap je boleh lari dari pandangan walaupun kita dah pegang tangan mereka ke apa. Pernah terjadi insiden dimana anak yang ada di sebelah tiba-tiba boleh lari ke kawasan baju-baju yang digantung.

Jenuh Mama Siti dan suami mencari. Bila dipanggil, senyap je. Bila dah jumpa, boleh pulak dia gelak-gelak ingat main hide and seek ke apa!

Kita ni lah yang berdebar jantung, hati, limpa risau mencarinya. Disebabkan kejadian itu, Mama Siti mula praktikkan harness ini apabila berada di tempat awam.

Jadi, Mama Siti nak kongsikan apakah kebaikan harness kepada Mama Papa.

5 Sebab Mama Papa Perlu Gunakan Harness

1. Keselamatan di Tempat Awam

Kredit Gambar: mstar

Dalam persekitaran yang sibuk atau berhampiran dengan lalu lintas, seperti bandar besar, taman permainan atau pusat membeli-belah yang sesak, kanak-kanak selalunya mempunyai kecenderungan untuk berlari atau bermain.

Pakaikan harness ni terjamin, anak-anak masih boleh berjalan dan berlari cuma keadaannya terikat sedikit. Ada pelbagai jenis tali harness ni untuk Mama Papa beli.

2. Mengelakkan Anak Sesat

Apabila melancong atau bercuti, kanak-kanak boleh tersesat atau berpisah dengan Mama Papa mereka dengan cepat. Dengan gunakan harness ni dapat membantu Mama Papa dari hilang mereka dan menjamin keselamatan anak-anak.

3. Tali Harness Sangat Praktikal untuk Anak-anak

Bukan sekadar keselamatan je, tapi harness ni pun praktikal jugak. Lagi-lagi kalau Mama Papa kena handle anak kembar atau anak yang kecik yang ramai.

Kebanyakan anak kecik ni lebih suka kebebasan dan tak suka tangan mereka dipegang. Sudah pasti ini akan jadi bahaya kalau Mama Papa tak pegang tangan anak kan.

Jadi, dengan penggunaan harness ni sangat praktikal untuk digunakan lagi-lagi bila di tempat awam.

Mama Papa tak perlu dengar pendapat orang sekeliling. Sudah tentu Mama Papa mahu berikan yang terbaik kepada anak-anak kan. Kalau anak-anak hilang atau buat peragai yang tak elok nanti Mama Papa jugak yang akan dipersalahkan.

Ignore je yang orang nak cakap yang pasti Mama Papa berikan penjagaan yang baik untuk anak-anak. Kepada Mama Papa yang nak cuba safety harness ni mungkin boleh cuba dengan membawa mereka ke taman dahulu untuk biasakan diri mereka.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Tingkatkan keselamatan anak-anak dengan panduan berguna di SINI.