Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian bayi dalam kereta, kini sekali lagi kita dikejutkan dengan kes bayi maut dalam rumah terbakar. Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 bulan maut dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas, pagi semalam.
Bayi yang maut dalam kejadian 11.30 pagi itu dikenali sebagai Siti Nur Aini Zulimi.
Ditinggalkan Berseorangan Di Rumah
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, mangsa dipercayai ditinggalkan berseorangan ketika sedang tidur di dalam buaian elektrik di dalam rumah sementara ibunya keluar ke Pekan Gemas kerana mempunyai urusan. Allahu.
Minta Tolong Jiran Tengok Anak
Menurutnya lagi, siasatan awal terhadap ibu mangsa mendapati dia keluar ke pejabat pos di pekan Gemas sekitar 10.30 pagi dan sempat berpesan pada jirannya jika bayi perempuannya yang ditinggalkan di buaian elektrik menangis.
“Setelah itu ibu mangsa terima telefon dari jiran menyatakan rumahnya telah terbakar yang mana apabila dia sampai di rumah anaknya telah meninggal dunia akibat kebakaran itu,”
katanya ketika dihubungi semalam.
Ahmad Pilus berkata, ketika kejadian bapa mangsa yang merupakan seorang tentera tiada di rumah dan sedang bertugas di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas.
“Kes kebakaran sedang disiasat oleh pihak bomba dan pihak polis tidak pasti adakah ianya berunsur khianat atau bencana kerana masih dalam siasatan.
“Buat masa ini siasatan lanjut berhubung berkenaan sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambahnya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alfatihah kepada mangsa dan salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dan tak terjadi lagi.
Sumber : Astro Awani , SirapLimau, Bernama
BACA JUGA TERTINGGAL DALAM KERETA, BAYI 9 BULAN MAUT
Pesan Mama Siti
Allahu. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Alfatihah buat mangsa dan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Alfatihah.