“Mama Siti, kita hanya boleh bagi sumbangan untuk anak-anak yatim beragama Islam sahaja kah?”
Dalam ajaran Islam, kita memang disuruh berbuat baik kepada mereka. Malah banyak dalil yang menyatakan perkara ini.
“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan”
(Surah Al-Baqarah ayat 220)
Namun begitu, agama kita juga mengajarkan agar kita saling berbuat baik kepada semua manusia tidak kira apa pegangan mereka. Oleh itu, kali ini Mama Siti senaraikan 12 rumah anak-anak yatim Penang sebagai rujukan pihak Mama nanti ya.
12 Rumah Anak Yatim di Pulau Pinang
#1 Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang
Alamat: Wisma Yatim No. 79 Jalan Scotland, 11400 Pulau Pinang, 10450
Hubungi: 04-2297355
Nama pengurus: Tn Hj Shaik Mohamad PMA
Media sosial: Facebook
#2 Wisma Yatim Laki-laki Pulau Pinang
Alamat: 173, Jalan Air Itam, 11400 Ayer Itam, Pulau Pinang
Hubungi: 04-828 8897
Nama pengurus: Tn Hj Shaik Mohamad PMA
Media sosial: –
#3 Ru Yi Home (Children’s Home)
Alamat: 679C, Jalan Air Terjun, George Town, 10470 George Town, Pulau Pinang
Hubungi: 04-226 1846
Nama pengurus: –
Media sosial: Facebook
#4 Penang Shan Children’s Home
Alamat: 679-D, Jalan Mount Erskine, Kampung Raya Baharu, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Hubungi: 04-229 2186 & WhatsApp
Nama pengurus: Mdm Chan Siew Har
Media sosial: Facebook
#5 Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang
Alamat: 741, Lintang Permatang Damar Laut, Kampung Batu Maung, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Hubungi: 04-626 5101
Nama pengurus: –
Media sosial: Facebook
#6 ST. Joseph’s Home
Alamat: 52-K&52-R, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Hubungi: 04-263 5418
Nama pengurus: –
Media sosial: Laman sesawang
#7 Rumah Permata Kasih
Alamat: 2079, Jalan Permatang Janggus, Kampung Bagan Serai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
Hubungi: 011-28490178
Nama pengurus: Puan Aina & Puan Hafizah
Media sosial: Laman sesawang
#8 Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah
Alamat: 60, Sg Pinang Village, 11010 Balik Pulau, Penang
Hubungi: 017-469 4009 & 019 – 252 3900
Nama pengurus: Puan Rohani
Media sosial: Laman sesawang
#9 Rumah Anak Kesayangan
Alamat: No. 15, Jalan Sena Jaya 1, Taman Sena Jaya, Pokok Sena 13200 Kepala Batas, Penang
Hubungi: 013-380 6313
Nama pengurus: Cik Roslina
Media sosial: Facebook & Laman sesawang
#10 Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti
Alamat: 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Taman Bertam Indah, 13100 Kepala Batas, Penang
Hubungi: 04-575 1214
Nama pengurus: Puan Faridah Bt Ahmad
Media sosial: Facebook
#11 Pusat Jagaan Sinar Ceria
Alamat: 78, Lorong Sejahtera 2, Taman Sejahtera, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Hubungi: 012-468 2058
Nama pengurus: Mrs Suguna Vengadason
Media sosial: Facebook
#12 The Salvation Army Penang Children’s Home
Alamat: 8 A, Jalan Logan, 10400 George Town, Pulau Pinang
Hubungi: 04-227 0159
Nama pengurus: –
Media sosial: Facebook & Laman sesawang
Bersedekah kepada anak yatim sangat dituntut kepada saudara seagama mahupun yang berbeza kepercayaan. Sama seperti baginda Rasulullah SAW yang melayani seorang buta dengan lemah lembut.
Diharap artikel ini meluaskan perspektif Mama untuk terus bersedekah walaupun berbeza pendirian agama.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
(Surah al-Isra’: ayat 7)
Dapatkan panduan rumah anak yatim dan tempat-tempat lain DI SINI.