Terdapat banyak rumah anak yatim Negeri Sembilan yang boleh anda kunjungi dan penuhi keperluan mereka sama ada dari segi keperluan harian atau pun melalui jalinan kasih sayang. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 215:
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ ۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍۢ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌۭ
Maksudnya:
“Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah : “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Berdasarkan ayat di atas, sebagai seorang hamba Allah yang beriman dan bertakwa, sangatlah diwajibkan kepada kita tentang berbuat kebajikan sesama saudara terutama anak-anak yatim dan fakir miskin.
Apatah lagi, dengan cabaran hidup yang semakin mencengkam jiwa ini, wajar untuk kita sama-sama ambil peduli tentang nasib anak-anak yang sudah kehilangan tempat bermanja dan bergantung hidup.
Oleh itu, berdasarkan kepada keprihatinan ini, Mama Siti mengambil pendekatan untuk memudahkan serta membuka cara buat anda dalam memilih dengan lebih mudah senarai rumah anak yatim yang terdapat di Negeri Sembilan ini.
Jom lihat senarainya di bawah!
Senarai Rumah Anak Yatim di Negeri Sembilan
#1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)
Ditubuhkan pada 30 November 2005, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) ini merupakan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan anak-anak yatim di Negeri Sembilan yang berumur dalam lingkungan 3 hingg 17 tahun.
Kesemua penghuni rumah anak yatim ini pula dipilih daripada latar belakang keluarga yang amat memerlukan bantuan dan mereka yang kematian bapa ataupun kematian kedua-duanya sekali.
Alamat:
- 9, Jalan Gedong Lalang 7, Gedong Lalang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 06-761 0412
Facebook/Website:
#2. Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (Peyakin) – Putera
Rumah anak yatim PEYAKIN ini pula merupakan badan bukan kerajaan atau NGO yang berdaftar dan ditubuhkan pada awal bulan Mac 2007. Pertubuhan ini juga turut berfungsi untuk memastikan kesemua anak-anak yatim dididik dan diasuh dengan didikan yang sempurna meliputi aspek disiplin, sahsiah dan rohani.
Alamat:
- No. 47 Jalan DPK 7, Taman Desa Permai Kundur 71300, Rembau Negeri Sembilan
No. telefon:
- 019-695 5959/06-6979 959
Facebook/Website:
#3. Rumah Anak Anakku Sayang Ar Rayyan
Rumah Anak Anak Ku Sayang Ar Rayyan ini ditubuhkan pada 17 Mac 2008 oleh Ustazah Rayah Binti Abdul Ghani dengan visinya iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim dan miskin agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara.
Alamat:
- 1013, Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 016-973 5886
Facebook/Website:
#4. Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Perempuan Mawarku
Diasaskan pada Julai 2018, rumah anak yatim ini diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Perempuan Seremban, Negeri Sembilan.
Di awal penubuhannya, seramai 12 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim atau miskin perempuan telah diambil untuk dijaga dan dididik di bawah pengurusan rumah kebajikan yang telah diasaskan oleh para sahabat yang mencintai kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Bagi anda yang ingin mengunjungi atau memberi apa-apa sumbangan boleh hubungi pusat kebajikan ini seperti maklumat yang tertera di bawah.
Alamat:
- 616, Lorong Cenderawasih 4, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 011-1176 0423
Facebook/Website:
#5. Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina
Alamat:
- No.38 Jalan Kenanga 21 Taman Satria Senawang, Seremban, Malaysia
No. telefon:
- 013-636 9726
Facebook/Website:
#6. Pusat Jagaan Anak Yatim Kausar Ns
Alamat:
- 337, Jalan Dahlia, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 012-361 1669
Facebook/Website:
#7. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin (PKAYMS)
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Semarak PKAYMS ini telah ditubuhkan pada 21 Jun 2008 serta didaftarkan pada 10 November 2008 dengan nombor sijil pendaftarannta adalah 1930-08-NS3.
Pertubuhan ini dinaungi oleh Haji Abd Rahim Bin Haji Yaakub dan dibantu oleh Haji Ramlan Bin Giman serta beberapa individu yang lain.
Alamat:
- 2, 5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 019-336 2555
Facebook/Website:
#8. Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Seremban
Bagi anda yang mencari rumah anak yatim bukan Islam, boleh cuba mengunjungi rumah anak yatim ini.
Alamat:
- 40, Jalan Bidara 4, Taman Bidara, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 011-1669 2767
Facebook/Website:
#9. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar
Selain Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Seremban yang bukan Islam, anda juga boleh jadikan Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar sebagai pilihan lain untuk membuat sebarang sumbangan atau aktiviti kemasyarakatan.
Alamat:
- 725, Jln Temiang, Kampung Bukit Jong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 010-212 0415
Facebook/Website:
#10. Anak Yatim & Miskin Murad Foundation (Lelaki)
Yayasan Murad telah ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Pendaftar Syarikat Malaysia pada 27 Januari 1988 sebagai Yayasan Terhad melalui Jaminan di mana ia berfungsi sebagai sebuah organisasi yang tidak menguntungkan.
Skop-skop kerja pertubuhan ini meliputi aktiviti amal termasuk penyelidikan dan pembangunan yang tidak menguntungkan serta sumbangan dalam pendidikan untuk kebaikan negara.
Alamat:
- 49/162, Gedong Lalang Ampangan, 70400 Seremban Negeri Sembilan
No. telefon:
- 06-767 5526
#11. Pertubuhan Baitul Mahabbah
Rumah anak yatim di Negeri Sembilan dengan nombor pendafatarn PPM-004-05-01112011 merupakan sebuah pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan pendaftarannya pada 11 Januari 2011.
Pertubuhan ini dibina dengan niat yang bermatlamat menaungi dan membela kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas, golongan istimewa dan golongan yang layak menerima zakat (8 asnaf zakat).
Alamat:
- 28, Jalan RK 4/7, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 018-230 1466
Facebook/Website:
#12. Rumah Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rembau, Negeri Sembilan
Rumah Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan institusi Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54 (tempat selamat) Akta Kanak-Kanak 2001.
Objektif penubuhannya adalah untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak disamping menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.
Alamat:
- Kampung Anak Ayer Kundor, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 06-685 1231
#13. Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair, Seremban
Pertubuhan ini dibangunkan bertujuan untuk memelihara, mendidik, mengasuh serta memajukan anak-anak yatim dan anak-anak miskin dalam Negeri Sembilan.
Selain itu, pertubuhan ini juga turut membina, membeli atau menyewa premis, bangunan atau kompleks bagi menempatkan anak-anak yatim dan juga anak-anak miskin.
Alamat:
- No 449, Jalan Aman 3, Jalan Sikamat, Taman England, 70400 Seremban
No. telefon:
- 012-679 1847
Facebook/Website:
#14. Pusat Latihan Akhlak Mulia Ikhwan
Alamat:
- Jalan tanah rancangan, Kampung Kerangai, 71600, Negeri Sembilan
No. telefon:
- 011-6053 5700
Semoga dengan perkongsian senarai rumah anak yatim di Negeri Sembilan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi anda maklumat yang diperlukan dan semoga dengan asbab perkongsian ini juga kita sama-sama beroleh kebaikannya, InsyaAllah!
Bagi anda yang tinggal atau ingin mencari rumah anak yatim di kawasan lain, boleh dapatkan senarainya di SINI!