Di Kedah iaitu negeri yang terkenal dengan jolokan nama Negeri Jelapang Padi ini bukan sahaja terkenal dengan daya tarikan pelancongan dan keramahan rakyatnya, tetapi negeri ini juga mempunyai beberapa pusat kebajikan dan rumah anak yatim di Kedah bagi memayungi kehidupan anak-anak yatim dan yang memerlukan.
Jadi, bagi Mama dan Papa yang mencari di manakah tempat terbaik untuk memberi sumbangan dan sedekah, dalam perkongsian kali ini Mama Siti senaraikan beberapa buah rumah anak yatim di Kedah sebagai rujukan semua.
Sepertimana firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah : “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah ayat 215)
Semoga dengan adanya senarai ini, Mama Papa semua berasa lebih yakin dan bersemangat untuk membuat amal kebaikan. Jom lihat senarai rumah anak yatim di bawah!
Senarai Rumah Anak Yatim di Kedah
#1. Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda (PRAY DKM)
Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Disember 1999 dengan kos perbelanjaan RM 851,600.00 di mana urusan pentadbirannya diletakkan di bawah Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh Ahli-ahli Jawatankuasa penaja yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan pesara dengan pelantikan Pegawai Daerah Kuala Muda selaku Pengerusi telah diputuskan oleh Pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Ia telah pun diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Miskin Sungai Petani dan kini ia lebih dikenali sebagai Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda.
Alamat:
- Lot.1717, Sungai Layar Hujung, Kampung Che Bema, 08000 Sungai Petani, Kedah
No. telefon:
- 012-417 2023
Facebook/Website:
#2. Pertubuhan Kebajikan Al Taqwa Baling
Pertubuhan kebajikan atau rumah anak yatim ini dibina dengan tujuannya adalah untuk menempatkan sebilangan anak anak yatim dan miskin yang terdapat di sekitar kawasan Baling, Kedah.
Bukan sahaja sebagai pusat penempatan, rumah anak yatim ini juga turut menyediakan bantuan persekolahan, pendidikan dan didikan untuk memastikan kesemua penghuni di sini berjaya dunia dan akhirat secara seimbang.
Alamat:
- Kampung Jerai Baru, Mukim Kupang, 09200 Baling, Kedah 09200 Baling, Kedah
No. telefon:
- 013-505 7898
Facebook/Website:
#3. Rumah Anak Yatim, Yayasan Bunga Raya
Rumah Anak-Anak Yatim Yayasan Bunga Raya (RAY) ini pula mula beroperasi pada bulan Januari 2016 di atas sebidang tanah seluas 7,200 kps yang telah diwakafkan bagi menempatkan seramai 20 orang anak-anak yatim perempuan.
Ia dilengkapi dengan kemudahan asrama termasuklah ruang untuk belajar, ruang makan, dan juga ruang solat serta bilik Pengasuh atau Warden asrama.
Alamat:
- No. 2, Jalan Gunung Sungai Baru 05150 Alor Setar Kedah
No. telefon:
- 019-336 6667
Facebook/Website:
#4. Persatuan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Al-Munirah
Alamat:
- No. 53 Kampung Sungai Rotan, Jalan Jenun 06720, Pendang Kedah
No. telefon:
- 017-443 1484
#5. Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang (RAYAS)
Alamat:
- Lot 1177 Kampung Sungai Durian Jalan Jenun Mukim Ayer Puteh, Kampong Seberang Pendang, Malaysia
No. telefon:
- 012-593 5454/04-7410218
Facebook/Website:
#6. Yayasan Anak Yatim Sultan Haminah
Alamat:
- 949, Jalan Mahkota, Taman Tunku Habsah, 05100 Alor Setar, Kedah
#7. Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Sik (ADIK)
Alamat:
- Kampung Banggol Derdap, 08200 Sik Kedah
No. telefon:
- 04-469 3763
Facebook/Website
#8. Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam Walmasakin – DATAR
Alamat:
- No. 1475 Lorong Seri, Jalan Langgar, Kampung Alor Menong, 05300 Alor Setar, Kedah
No. telefon:
- 04-733 5124
Facebook/Website
#9. Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
Alamat:
- No. 852 Taman Mahsuri Jitra Kedah, Bandar Darulaman, 06000 Jasmina
No. telefon:
- 016-644 0062/018-467 9251
Facebook/Website
#10. Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Miskin Smart IQ (Smart IQ Yatim House)
Alamat:
- No. 23, Taman Aroma, Alor Janggus, 06250 Alor Setar, Kedah
No. telefon:
- 019-477 8013
Facebook/Website:
#11. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim (Daya)
Merupakan sebuah pertubuhan kebajikan Anak-anak yatim Batu 9,Kedah (DAYA) yang terletak berhampiran dengan Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. DAYA memulakan operasinya pada 10 Disember 2010.
Sehingga kini, rumah anak yatim ini telah pun dihuni seramai 57 orang pelajar iaitu 27 lelaki dan 30 perempuan.
Alamat:
- KM. 13, Jalan Sungai Petani, Jalan Kangar – Alor Setar, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah
No. telefon:
- 04-764 6545
Facebook/Website:
#12. Pertubuhan Jagaan Kasih
Pertubuhan Jagaan Kasih Kuala Nerang merupakan sebuah pusat jagaan kebajikan dan pendidikan untuk anak-anak yatim, fakir, miskin dan anak-anak asnaf zakat yang telah diasaskan oleh Pertubuhan Amal Kelas Al Quran Negeri Kedah di mana ia mula beroperasi sejak 20 tahun yang lalu.
Alamat:
- Lot 2544, Kampung Rambutan, Mukim Padang Temak, Kuala Nerang, Malaysia
No. telefon:
- 019-451 5938
Facebook/Website:
#13. Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Al-Wadi
Alamat:
- Lot 4185, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman
No. telefon:
- 04-4724895/013-4001001
Facebook/Website:
#14. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi
Alamat:
- No. 145, Jalan Sri Emas 3, Taman Desa Sri Emas, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
No. telefon:
- 017-446 1037
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga dengan perkongsian senarai rumah anak yatim Kedah ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi anda maklumat yang diperlukan dan semoga dengan asbab perkongsian ini juga kita sama-sama beroleh kebaikannya, InsyaAllah!
Bagi anda yang tinggal atau ingin mencari rumah anak yatim di kawasan lain, boleh dapatkan senarainya di SINI!