KelabMama

DIY Je! 12 Tips Sediakan Ruang Solat di Rumah, No 8 Tak Boleh Skip!

Sebuah buku tulisan penulis terkenal James Clear yang bertajuk Atomic Habits menerangkan pengkhususan peralatan membuatkan seseorang cenderung membina tabiat.

Idea itu boleh diadaptasi dalam konsep ruang solat dalam rumah dengan menyediakan tempat khas untuk beribadah agar kita selalu istiqamah dalam menunaikan solat.

Tetapi sebelum itu, kita perlu tahu 12 tips membina ruang solat di rumah supaya dapat lebih selesa.

12 Tips Sediakan Ruang Solat di Rumah

#1 Pemilihan Tempat

Kredit gambar: Home Synchronize

Pertama sekali, Mama kena buat keputusan lokasi dalam rumah yang ingin dijadikan ruang solat. Tentukan samada di dalam bilik atau di ruang terbuka seperti ruang tamu. 

Seterusnya, pastikan tempat yang dipilih memenuhi kriteria seperti:

#2 Arah Kiblat

Kredit gambar: Slate.com

Paling utama sebelum mendirikan solat ialah menentukan arah kiblat. Kaedah mencari arah kiblat ialah secara tradisional, kompas dan telefon pintar. 

Darjah kompas arah kiblat Malaysia dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ialah antara 291° hingga 293°.

#3 Saiz Ruang Solat

Saiz minima yang diperlukan ialah 1.2m × 0.6m (4′ x 2′). Tambahan pula, tiada syarat tertentu untuk menentukan saiz ruang solat. Nasihat Mama Siti, sesuaikan dengan bilangan jemaah dalam sesebuah rumah. 

Ataupun kalau Mama ingin jadikan ruang solat sebagai ruangan peribadi, sediakan ruang kecil untuk beribadah. 

#4 Tempat Wuduk

Sebagai seorang perempuan, kita akan lebih selesa kalau tempat wuduk bersambungan dengan ruang solat kan Mama? Tak perlu berjaga-jaga dengan aurat. 

Kelebihan ada tempat wuduk berhampiran dengan ruang solat di rumah juga dapat diterima oleh warga emas dan orang sakit. 

#5 Alas Tempat Duduk

Kredit gambar: Pinterest

Ini bahagian yang Mama Siti paling suka. Semasa di sekolah dulu, Mama Siti cukup suka bila ada bekas pelajar taja permaidani surau. Bukan main lembut lagi dapat solat atas alas baru. 

Alas di tempat solat sebenarnya mencipta suasana dan membezakan dengan ruang lain di dalam rumah. Dengan cara ini, kita memberitahu minda agar meninggalkan sebentar urusan keduniaan. 

#6 Dekorasi, Tema & Konsep

Kredit gambar: Pinterest

Konsep ala Maghribi dan Scandinavia antara idea minimalis yang selalu diguna pakai. Selain itu, Mama juga boleh jadikan tema eklektik dan alam semulajadi bagi menghidupkan lagi suasana ibadah. 

#7 Warna

Kredit gambar: Apartment Therapy

Warna-warna pastel seperti putih dan biru memberikan kesan kelembutan dan tenang. Selain itu, ia juga menaikkan mood relaks dan santai ketika solat. 

Selain cat, Mama boleh serikan lagi ruang solat dengan kertas dinding (wallpaper) yang bersesuaian. 

Nota: Pastikan wallpaper tidak meniru mana-mana simbol agama lain. 

#8 Pengudaraan

Kredit gambar: Hias.my

Kalau boleh pilih ruang solat yang ada tingkap untuk mengelakkan bau pengap. Tetapi kalau tiada, Mama boleh usahakan dengan exhaust fan atau penapis udara.

Pengudaraan yang baik juga diterjemahkan sebagai suhu bilik yang nyaman. Suhu terlalu sejuk atau terlalu panas pun tak selesa juga.   

#9 Pencahayaan

Kredit gambar: Pinterest

Pencahayaan yang terang atau gelap ya? 

Terpulang, tetapi lebih baik jika kita buat ubah kadar keamatan cahaya. Ada masa kita nak ruang yang malam, ada masa kita nak ruang solat yang terang.  

#10 Perabot 

Susunan perabot mestilah bersesuaian dengan keupayaan jemaah. Letakkan muqaddam di rak bawah supaya senang anak-anak capai. 

Di samping itu, tempat gantung telekung dan sejadah pun kena ada supaya ruang solat kita sentiasa kemas. 

#11 Hiasan

@houseandcrafts

My dream has always been to have a prayer room in my own home and that dream has now turned into reality, Alhamdulilah. #fyp #prayerroom #homedecor #goldtheme #SuperShow #homeproject #homeprayerroom #islam #muslimtiktok #dreamcometrue #allhamdulilah #hometiktok #foryoupage

♬ original sound – Evelyn

Penanda arah kiblat, jam dinding dan mimbar kecil di rumah adalah antara yang boleh dijadikan hiasan dalam ruang solat dirumah. 

Kalau nak lebih ekstra, Mama gantungkan lampu candelier dan lampu hiasan. Mana tahu buatkan kita lebih bersemangat. 

#12 Pewangi Ruangan

Kredit gambar: Shopee

Mudah-mudahan tempat yang harum dapat mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Malahan, kita pun jadi lebih tenang ketika menghidu bau-bauan wangi. 

Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan; ”Rasulullah SAW pernah menyuruh mendirikan masjid di kampung dan meminta supaya dibersihkan dan diberi yang harum-haruman.”

(Hadis riwayat al- Bukhari, Muslim at-Tirmidzi, dan Abu Daud)

Mudah-mudahan dengan menyediakan satu ruang khas untuk solat, kita akan lebih fokus menyembah Allah. Penulis James Clear pun ada menulis tentang kepentingannya dalam mengekalkan tabiat.

Jom, kita cantikkan lagi ruang solat di rumah dan ajak ahli keluarga solat berjemaah.


Dapatkan lebih banyak info dekorasi rumah di SINI.