KelabMama

Rokok Merosakkan Kesuburan? Kesan Rokok Pada Kesuburan Lelaki

rokok dan kesuburan lelaki

Mama Papa mesti dah tahu rokok mengandungi nikotin dan merupakan bahan tagih yang terkenal, komponen utama dalam produk rokok dan vape.

Pelbagai kajian telah dibuat mengaitkan produk nikotin dengan macam-macam penyakit, terutamanya penyakit jantung dan paru-paru.

Perkara ini tidak perlu dinafikan dan setiap perokok terutamanya di Malaysia menerima risiko-risiko tersebut, tambahan pula dengan gambar-gambar mengerikan dipaparkan pada kotak rokok mengingatkan bahaya produk nikotin pada kesihatan tubuh badan manusia.

Tidak kurang juga kajian yang membuktikan kaitan bahan nikotin dengan masalah kesuburan sama ada pada lelaki ataupun wanita.

Kandungan toksik yang datang bersama-sama nikotin dalam rokok bukan hanya merosakkan organ seperti jantung dan paru-paru sahaja, namun pada seluruh badan seperti kualiti dan bilangan sperma dan lain-lain.

Kesan Rokok Pada Sperma

Kajian menunjukkan kemerosotan produksi sperma. Bagaimanakah bahan dalam rokok merosakkan kesuburan lelaki? dan apakah ianya akan pulih?

Kualiti

Quantity

Kepekatan Air Mani: Kepekatan sperma merujuk kepada bilangan sperma yang terdapat dalam kuantiti air mani yang diukur. Kajian telah menunjukkan penurunan 23% dalam kepekatan sperma pada lelaki yang merokok.

Kesan Asap Rokok Pada Kesuburan Mama

Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah kesan merokok lelaki terhadap pasangan wanita. Kajian telah menunjukkan kemungkinan penurunan kesuburan wanita apabila wanita terdedah kepada perokok pasif.

Satu kajian mendapati bahawa asap terpakai (atau perokok pasif) mengurangkan bilangan telur yang diambil dalam kitaran IVF sebanyak 46%.

Jika anda akan merokok, pastikan anda menjauhi pasangan anda, supaya tidak menjejaskan kesuburannya secara negatif.

Mati Pucuk Dan Merokok

Mati pucuk merupakan mimpi ngeri buat semua para lelaki sejati. Merokok pula merupakan tabiat sebahagian besar para lelaki, berkait rapat dengan peningkatan risiko mati pucuk, dengan beberapa kajian menunjukkan peningkatan tiga kali ganda dalam risiko untuk perokok lelaki.

Semakin lama seorang lelaki kekal merokok, semakin besar kemungkinan dia akan mengalami mati pucuk. Mati pucuk tidak sama dengan ketidaksuburan.

Walau bagaimanapun, jika prestasi seksual kurang, semakin susah untuk pasangan hamil. Berita baiknya ialah berhenti merokok akan meningkatkan prestasi.

Satu kajian mendapati bahawa selepas 6 bulan berhenti merokok, lebih kurang 50% lelaki melaporkan prestasi seksual yang lebih baik.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Lebih info menarik tentang kesihatan di SINI.