KelabMama

RISIKO TIMANG BAYI MEMBAHAYAKAN NYAWA

 

Timang bayi ini sering berlaku dalam kehidupan seharian kita terutama jika anda mempunyai anak kecil yang masih bayi. Cara si ibu bermain dengan si manjanya dengan menimang bayi itu tinggi-tinggi. Si manja pulak ketawa kerana sukakan apa yang dilakukan oleh ibunya. Tidak dinafikan bayi memang suka ditimang tetapi tahukah anda timang bayi boleh membahayakan nyawa mereka? Hati-hati ya.

Menimang atau menggoyangkan-goyangkan bayi untuk bergurau atau menidurkannya boleh membahayakan nyawa mereka. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

 

Perbuatan menimang bayi boleh menyebabkan sindrom goncangan bayi atau Shaken Baby Syndrome (SBS). Akibatnya ia akan memberi kecederaan kepada otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.

 

Ia boleh berlaku dalam tempoh sesingkat lima saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ia berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

 

 

Pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Penderaan bayi (child abuse) juga boleh menjadi salah satu punca. Bahkan paling berbahaya ia juga boleh menyebabkan kematian bayi.

 

Kesan daripada cara mendukung bayi yang disusuli mengayun atau menggoncang turut menyebabkan masalah lain termasuk masalah mata, kelumpuhan dan epilepsi.

Hal ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa menyebabkan tekanan akibat goncangan yang kuat dan terlalu lama.

Risiko SBS lebih kerap menimpa anak-anak berusia bawah setahun kerana mereka lebih kerap menangis.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Majalah Pama