KelabMama

Awas! Boleh Kongsi, Tetapi Ingat 3 RISIKO Ini Apabila Kongsikan Gambar Sekolah Anak

“Simpan sini buat kenangan.” Itu caption yang sering kita baca atau dengar di laman-laman media sosial, tidak kira Facebook, Instagram mahupun video TikTok apabila kita kongsikan sesuatu gambar, termasuk gambar sekolah anak.

Sudah tentu content yang dikongsi itu mahu dikenang sampai bila-bila. Ia termasuklah aktiviti hari pertama persekolahan anak-anak.

Tambah lagi apabila ia adalah hari persekolahan pertama anak sulung Mama. Dah terdetik dalam hati nanti sebelum masuk ke kelas, wajib tangkap gambar anak banyak-banyak pakai uniform.

Mungkin kebanyakkan ibu bapa menganggap aktiviti memuat naik ragam anak ke sekolah adalah perkara biasa. Mama Siti tak nafikan, ia bukan setakat lucu, namun lebih kepada merakam detik agar memori ini terus terus kekal suatu hari nanti.

Kalau diikutkan bukan zaman sekarang jerr trend ambil gambar anak yang nak mulakan sesi persekolahan. Sejak wujudnya kamera di dunia ni, mereka yang punya alatan canggih masa tu dah mulakan dulu.

Cuma bezanya zaman dulu tak ada facebook, instagram dan macam-macam lagi. Maka, gambar itu hanya dibiar dalam simpanan sendiri atau menjadi tatapan kepada individu berdekatan jerr.

“Saya suka kongsi dekat facebook sebab kalau tukar handphone, tak adalah memori berharga ni pun hilang juga.

“At least masih boleh tengok dan mengimbau kenangan.”

Ya, betul tu Mama. Namun dalam keghairahan berkongsi pelbagai aktiviti di platform umum, ada beberapa benda yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh didedahkan sama sekali.

Ia termasuklah ragam anak bersekolah. Kenapa ya? Jom tengok sebab mengapa ibu bapa disaran tidak berkongsi latar belakang sekolah anak-anak.

Kenapa Tak boleh Kongsi?

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang baru bersekolah, sama ada prasekolah atau Tahun Satu, perasaan teruja mereka lain macam. Berbeza sedikit dengan ibu bapa yang sudah ada pengalaman.

Tetapi dalam keterujaan itu, mungkin ada yang lupa perbuatan memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh terdedah kepada risiko bahaya.

Paling ditakuti ia secara tidak langsung mampu mengundang jenayah seksual.

1. Pedofilia

Memetik laporan Berita Harian, Pakar Psikologi, Dr Meriam Omar Din berkata, masalah jenayah pedofilia kini semakin buruk dan tindakan memuat naik gambar anak menarik perhatian si pelaku untuk mengatur langkah jenayah ke atas mangsanya.

“Ibu bapa harus menyedari jenayah siber yang mungkin berlaku ekoran tindakan mereka itu. Mereka perlu tahu risiko atau kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan selebriti yang gemar memuat naik gambar anak mereka di laman sosial, tetapi dieksploitasi pula pihak lain.

Dr Meriam berkata, ini semua berpunca daripada penularan internet.

“Golongan tidak bertanggungjawab ini sukar dikesan. Kumpulan ini sudah lama wujud dengan kegiatan mereka sukar dikesan walaupun anggota keluarga mereka sendiri,” katanya.

2. Dedahkan Privasi Anak-anak

Jangan ingat mereka kanak-kanak, jadi mereka tidak memerlukan privacy! Maklumat peribadi anak-anak tidak sepatutnya dikongsikan bersama umum.

Ini kerana, kita tidak mengetahui niat buruk orang lain. 

Sebaiknya Mama Papa elakkan upload gambar anak ketika memakai uniform sekolah atau berada berdekatan sekolah.

Zaman sekarang, telefon di hujung jari dan mudah untuk kita melayari internet. Dengan melihat uniform atau lencana sekolah sahaja sudah cukup untuk orang tahu sekolah anak Mama. 

Mama Siti faham, mesti Mama Papa mahu upload untuk dikongsikan kepada pengguna media sosial yang lain tentang anak Mama Papa sudah sekolah, tetapi Mama Papa juga perlu berhati-hati apabila share gambar mereka tau. Tapis mana yang boleh.

Mama Siti rasa terpanggil nak kongsi satu cerita benar pernah berlaku, tak silap Mama Siti sekitar empat ke lima tahun lepas.

Ia tentang keghairahan seorang remaja perempuan yang sangat suka muat naik banyak gambar beliau.

Meskipun dia bukanlah kanak-kanak kerana beliau ketika itu sudah tamat sekolah menengah dan tindakan memuat naik gambar pun bukan dilakukan ibu bapanya, namun dia sendiri.

Tapi apa yang Mama Siti nak cerita dekat sini adalah kerana sikap over sharing beliau tadi, orang berjaya mengesan maklumat peribadinya di sekolah masa dulu.

Kes remaja perempuan ni menarik perhatian netizen gara-gara viral salah satu video beliau dengan seorang lagi wanita lain bergaduh. Ramai yang mengeji tindakan dua wanita ini sebab dikatakan gaduh tak berfaedah.

Tapi ia jadi lebih panas apabila ibu kepada remaja perempuan tadi turut memuat naik video membela anaknya mengatakan anak dia wanita yang baik, bijak, cantik dan sebagainya.

Tapi disebabkan zaman digital, netizen berjaya mengesan gambar lamanya yang memakai uniform sekolah. Maka, nahhh terbongkarlah segala maklumat peribadi beliau di sekolah termasuklah result ujian, peperiksaan, kehadiran dan semuanya yang menunjukkan remaja tadi mendapat keputusan corot.

Jadi cuba Mama fikirkan, jika apa-apa berlaku pada keluarga kita, adakah Mama tak rasa bahawa anak Mama juga akan dihukum dan digali segala maklumat dirinya?

Jika Mama memikirkan impak yang buruk, sebaiknya elakkan daripada memuat naik maklumat diri anak khususnya berkaitan persekolahan mereka.

At least kalau Mama tak pernah upload maklumat anak-anak dan ia tersebar tanpa pengetahuan, boleh juga Mama ambil tindakan undang-undang.

Tapi kalau Mama sendiri yang pernah dedahkan macam-macam privacy anak, nak ambil tindakan pun susah kan Mama.

3. Jenayah

Penculikan kanak-kanak berlaku bukan sahaja ketika berada di tempat awam, malah, turut berisiko di kawasan sekolah juga Mama. 

Ini kerana, penculik sudah mengenal pasti lokasi sekolah dan sudah memerhati gerak-geri waktu Mama Papa menghantar atau mengambil anak-anak. 

Kes culik sekarang bukan sahaja meminta wang tebusan malah lebih teruk apabila kanak-kanak diculik dan kemudian dibunuh, lalu diambil organ mereka. 

Tular di media sosial apabila dua remaja dari Kota Makassar Jakarta menculik kanak-kanak yang berusia 11 tahun kerana tujuannya adalah untuk menjual organ.

Kes penculikan sekarang sudah advance ye Mama Papa, sebab tu kita kena extra berhati-hati.


Dapatkan lebih banyak lagi tips keibubapaan di SINI.