Sebelum ni Mama Siti dah pernah share banyak tips travel, tapi terlupa pula nak ingatkan Mama Papa tentang risiko yang ramai sebenarnya pandang remeh apabila travel ke luar negara!
Kita boleh lihat sendiri, selama ini Mama Papa pergi melancong ke luar negara pernah tak ambil “travel insurance”?
Kalau sesuatu berlaku kepada kita di dalam negara, kita masih ada ahli keluar, kawan-kawan, dan pihak berkuasa kerajaan Malaysia yang sangat prihatin sedia untuk membantu.
Perkara yang sama tidak dapat dikatakan sedemikian pada pihak berkuasa di luar negara. Malah sesetengah pihak berkuasa di luar negara tidak mengambil kisah tentang urusan kebajikan pelancong.
Dengan wang yang terbatas, ilmu yang kurang tentang selok belok di tempat orang, bahasa yang tidak difahami, makanan yang sangat berbeza, tiada sebarang jaminan bahawa Mama Papa dan anak-anak sekiranya mengalami masalah di luar negara!
Untuk memastikan percutian, dan perjalanan pergi dan balik Mama Papa, baca sampai habis! Mama Siti nak kongsikan risiko-risiko yang ada bila bercuti ke luar negara. Jangan sampai “sudah terhantuk baru nak terngadah”.
5 Risiko Bercuti di Luar Negara
1. Risiko Kesihatan
Kalau di Malaysia, kita tahu penyakit-penyakit berbahaya, yang perlu kita ambil perhatian dan lindungi diri, tetapi kita tidak tahu bagaimana suasana kesihatan di negara asing.
Mungkin penyakit-penyakit yang jarang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia, adalah sangat normal di luar negara seperti penyakit-penyakit Sexually Transmitted Disease (STD) seperti herpes dan sebagainya adalah normal di luar negara.
2. Kes Kecemasan
Kos yang terlibat adalah bagi kes-kes kecemasan. Contoh paling mudah katakanlah Mama Papa travel ke kawasan pedalaman di Tanah Besar China. Naik bas dan lalu di cerun-cerun dan lereng gunung. Tapi tanpa diduga bas terbabas masuk gaung.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudah berjaya diselamatkan, perlu di hantar ke hospital dengan segera. Kalau di Malaysia, kerajaan menyediakan perkhidmatan ambulans percuma, tetapi di negara-negara lain, ambulans perlu dibayar, dan di sesetengah tempat, kos ambulans adalah sangat tinggi.
3. Bencana Alam
Bencana alam bukanlah sesuatu yang boleh dijangka. Banjir, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan letusan gunung berapi boleh buat kita terperangkap berminggu-minggu di rantau orang.
Silap-silap, flight balik ke Malaysia pun boleh terlepas gara-gara kejadian tak diduga begini.
4. Risiko Kecurian
Mama Siti bukan maksudkan risiko kehilangan wang akibat shopping sakan di luar negara ya! Walaupun itu sering terjadi. Yang dimaksudkan di sini, risiko kehilangan wang sama ada secara tidak sengaja atau pun akibat kecurian.
Sama juga seperti risiko kecurian barangan peribadi, kadang kala pelancong seperti kita mudah menjadi sasaran penyeluk saku. Atau ingatkan peti keselamatan di dalam hotel selamat, tetapi sesudah penat sehari berjalan makan angin, pulang ke bilik hotel dapati duit dan travelers cheque yang disimpan dicuri.
Penat duit dikumpul untuk belanja semasa bercuti, habis hilang atau diseluk saku pula.
5. Risiko Undang-Undang
Perkara ini juga amat mudah berlaku, dan boleh mengakibatkan risiko yang teruk. Kebanyakan dari kita, tidak menyekidiki dahulu tentang undang-undang di negara luar.
Perkara sebegini amat bahaya untuk keselamatan kita sebagai pelancong yang datang dari negara luar. Kadang-kadang kita tak tahu sama ada perkara yang dianggap biasa boleh dikenakan saman.
Sebagai contoh, rokok digital atau vape yang kerap digunakan di Malaysia adalah diharamkan di Thailand dan boleh dikenakan hukuman, penjara tidak lebih 10 tahun atau denda berharga RM 64,000.
Tips Menguruskan Risiko Semasa Melancong
#1 Check Keadaan Kesihatan dan Persekitaran
Sebelum Mama Papa pergi melancong, jangan lupa untuk melihat keadaan kesihatan di tempat yang Mama Papa ingin lawati.
Kalau boleh, sebulan awal daripada tarikh percutian, sentiasa up to date dengan apa-apa informasi terbaru di kawasan tersebut dan kawasan yang berdekatan.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, jadi, jangan lupa untuk menyediakan alatan dan barangan yang perlu untuk mencegah daripada berlakunya risiko-risiko yang merisaukan.
Sekiranya terjadi sesuatu yang merbahaya di tempat percutian anda, batalkan, tangguh dan elakkan risiko sama sekali.
#2 Back-Up Plan
Kalau Mama Papa nak pergi melancong ke luar negara pastikan Mama Papa sediakan backup plan sekiranya terjadi apa-apa kecemasan seperti berikut:
- Duit lebih
- Sentiasa sediakan duit lebih
- Simpan di tempat yang selamat
- Jangan gunakan duit back up untuk SHOPPING!
- Insuran perlancongan
- Sekiranya Mama Papa merancang unuk pergi ke luar negara dan tinggal dalam waktu yang lama, sila sediakan insuran perlancongan sebagai langkah berjaga-jaga.
Demi keselamatan Mama, Papa dan seisi keluarga sebelum pergi bercuti di luar negara, pastikan anda sering up-to-date dengan keadaan negara tersebut dan rajinkan diri untuk melakukan beberapa kajian terperinci mengenai pelancongan di sana.
Bukan apa, ia adalah sebagai panduan pada diri sendiri dan menyediakan diri sekiranya berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.
Untuk lebih tips perlancongan klik SINI.