KelabMama

Risaunya Bila Anak Selesema! Gangguan Nafas Si Comel Pasti Meresahkan Ibu Bapa

Risaunya Bila Anak Selesema! Gangguan Nafas Si Comel Pasti Meresahkan Ibu Bapa

Hidung tersumbat, meragam dan tidak boleh tidur lena! Itu antara masalah utama dihadapi bayi atau kanak-kanak yang menghidap selesema. Si kecil ni lazimnya rasa tak selesa, tersengguk-sengguk dan sukar untuk menyusu dimana keadaan tu pasti sukar dilalui. Situasi ni bukan saja memeritkan penghidapnya, malah turut memberi cabaran terbesar kepada ibu bapa atau penjaga yang menjaga si kecil tersayang.

Pakar perubatan menganggarkan bayi menghidap selesema sebanyak 8-10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Apa yang lebih utama, ibu bapa atau penjaga perlu tenang dalam menangani pelbagai kerenah anak-anak yang diserang selesema.

Apa Punca Selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca daripada pelbagai jenis virus. Kebiasaannya, selesema merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara sebelum dijangkiti individu lain.

Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi seeloknya mama basuh tangan selepas menghembus hidung. Bayi lebih cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap disebabkan mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60%.

Bagaimana Selesema Menjejaskan Bayi?

Kanak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami demam, batuk dan selesema.

Berapa Lama Selesema Berlarutan?

Simptom selalunya reda selepas 3-10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin berlarutan sehingga tempoh dua minggu.

Kebanyakan bayi yang ada hubungan dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidap selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka.

Boleh Ke Cegah Bayi Daripada Selesema?

Kesedaran semua pihak amat diperlukan dalam menangani penyebaran virus ini kerana ia boleh menjejaskan banyak pihak termasuk prestasi kerja ibu bapa.

Menyusukan bayi satu daripada cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi terutama pada bayi yang masih diberikan susu ibu.

Mama dan papa juga boleh cuba lindungi bayi dengan menjauhkan dia daripada individu yang sakit iaitu dengan meminta semua ahli keluarga yang kurang sihat untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.

Jika mama atau suami merokok, berhentilah dan elakkan daripada membawa bayi ke tempat merokok.

Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidap risiko selesema yang lebih tinggi dan ia berlarutan lebih lama berbanding si kecil lain yang tak terdedah kepada asap rokok.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Pantau keadaan semasa anak, sekiranya mereka menunjukkan tanda membimbangkan ibu bapa perlu segera bawa anak ke klinik atau hospital berhampiran untuk mengelakkan risiko tidak diingini.

Lakukannya apabila tanda selesema sudah kelihatan jika bayi mama berusia kurang daripada tiga bulan. Bagi bayi berusia lebih daripada tiga bulan, berjumpalah doktor jika:

Rawatan Yang Boleh Diambil

Tak banyak yang boleh mama lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).

Jika badannya panas, berikan cecair paracetamol di bawah pengawasan doktor dan jangan sesekali berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor.

Jika usia kanak-kanak itu kurang daripada setahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaan si manja:

Keadaan boleh jadi lebih teruk bila kanak-kanak atau bayi tak tahu membuang hingus atau kahak yang terkumpul.

Jika bayi mama menghadapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksa lubang hidungnya. Dikhuatiri ada sebarang objek asing kerana bayi atau kanak-kanak kadangkala meletakkan objek asing ke dalam hidung.

Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan dan selepas mama berjaya mengharungi selesema si kecil buat kali pertama, mama akan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya ia berulang.

Sumber: Harian Metro

BACA JUGA PETUA HILANGKAN SELESEMA BAYI