KelabMama

Mesti Mau Sur! 5 Restoran Nasi Kandar Pulau Pinang, Pilihan Warga Tempatan

Pulau Pinang terkenal dengan gelaran syurga makanan, dan semestinya Restoran Nasi Kandar antara kedai makanan yang paling popular di Pulau Mutiara itu.

Nasi Kandar merupakan satu hidangan nasi dan beberapa jenis lauk. Tapi apa beza nasi kandar dengan nasi berlauk yang lain? Perbezaan yang paling ketara ialah lauk pauk yang digunakan menggunakan ramuan serta rempah masakan india.

Asalnya makanan yang khusus di Pulau Pinang, kini di jual di serata Malaysia, malah sehingga menggelar kedai mereka sebagai ”original Penang”. Namun masih ramai lagi yang mengakui bahawa tiada yang dapat menandingi Nasi Kandar di Pulau Pinang.

Mesti Papa Mama pernah dengar rekomendasi gerai-gerai nasi kandar di Pulau Pinang, namun sebenarnya terdapat banyak lagi gerai-gerai yang tidak berapa dikenali, namun menjadi pilihan warga tempatan.

Apakah yang membezakan antara restoran nasi kandar ini? Dan mana satu yang paling sedap? Teruskan membaca untuk sasaran ‘food hunt’ Papa Mama seterusnya!

5 ‘Hidden‘ Restoran Nasi Kandar

#1 Nasi Arab Original Nasi Kandar (Kepala Batas)

Kredit gambar: Nasi Arab Kepala Batas

Nama sahaja Nasi Arab, tapi sebenarnya, bukan seperti Nasi Arab yang dimaksudkan. Tarikan utama Nasi Arab Kepala Batas ialah ayam yang sentiasa digoreng panas dan kuah campur yang di ‘joki’ khas oleh pekerja yang berpengalaman.

Pada mulanya, restoran ini tidak terkenal, namun setelah beberapa tahun perniagaan, restoran Nasi Arab Kepala Batas telah membuka 2 cawangan, dan menarik pelanggan yang ramai.

Menu yang istimewa di sini adalah Nasi Arab, iaitu, nasi dengan ramuan yang tersendiri dan bukan seperti nasi arab yang biasa dilihat.

#2 Nasi Kandar Pokok Ketapang (Butterworth)

Kredit gambar: Foodcrush

Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang ini memang cukup popular di Butterworth. Uniknya ianya dijual di bawah pokok ketapang dengan menggunakan kenderaan beroda tiga.

Keenakkannya cukup popular sehinggakan pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Dan rata-rata pelanggannya adalah dari masyarakat luar dari Butterworth.

Nasi yang digunakan bukanlah nasi putih kosong, tetapi seperti nasi dalca dengan ramuan bahan tersendiri. Tetapi bagi pendapat peribadi, saiz hidangan yang disajikan sedikit kecil. Kalau tak minta nasi tambah memang tak cukup!

#3 ABOO Nasi Kandar (Butterworth)

Kredit gambar: Penang Foodie

Pilihan otai-otai Bagan! (Butterworth). Memang tidak ramai yang ketahui kewujudan gerai ini. Kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai ini merupakan pelanggan tetap dan masyarakat tempatan! Betul-betul ‘hidden‘!

Persoalan dia sedap ke? Nampak gerai macam tak ramai je. Jangan terpedaya dengan penampilan! Gerai Ini terkenal dengan kuahnya yang pekat dan rasa serta aroma kari yang kuat. Kalau anda peminat kari Jangan lupa cuba!

#4 Restoran Mohamed Raffee (Gerogetown)

Kredit gambar: Makan Jika Sedap

Kedai ini merupakan antara restoran Nasi kandar yang tidak dikenali masyarakat luar Pulau Pinang, namun garisan beratur pada waktu ‘peak hour’ sehingga keluar kedai dan tepi jalan kerana ruang kedainya yang agak terhad.

Kebanyakan pelanggan di restoran ini ialah masyarakat tempatan namun sekarang makin dikenali oleh kerana sosial media dan banyak rekomendasi daripada pelanggan-pelanggan baru.

Kuah di sini kelihatan lebih cair daripada restoran lain, namun rasa yang diberi tidak kurang, malah dikatakan lebih sedap dari banyak nasi kandar yang lebih popular.

Disebabkan itu, rakyat tempatan lebih memilih restoran ini berbanding restoran lain yang diserbu oleh pelancong.

#5 Yusuf Restaurant (Relau)

Kredit gambar: Foodcrush

Restoran ini merupakan salah satu restoran kegemaran bagi semua pelanggan yang pernah mencuba makanan mereka.

Menurut sesetengah pelanggan, menu kegemaran mereka adalah nasi briyani digandingkan dengan lauk ayam ros.

Antara lauk dan pelengkap hidangan yang lain seperti ayam goreng dan sambal kelapa yang mesti dicuba! Restoran ini telah mendapat pujian dari ramai pelanggan dan pengguna media sosial. Tempat yang selesa dan makanan yang sedap menjadikan ia restoran kegemaran ramai pelanggan.


Untuk lebih banyak tempat-tempat menarik klik SINI.