Tahun baru, azam baru! Tahun Baru Cina ni jom kita cuba restoran cina muslim yang mahal sikit? Haritu kita dah tengok senarai restoran cina muslim yang halal dan affordable, apa kata kita tengok pulak restoran yang harga have-have?
Bukan sahaja hidangan yang mewah, suasana pun main peranan apabila kita sambut Tahun Baru Cina ni bersama keluarga!
Jom kita tengok senarai ni.
6 Restoran Cina-Muslim Harga Have-have Untuk Mama
#1 Ruyi & Lyn 如意, Bangsar Shopping Centre
Tengah mencari tempat makan yang sesuai untuk sambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga tercinta? Kunjung ke Ruyi & Lyn! Dengan masakan Cina yang moden, mesti Mama terpesona dengan pembentagan hidangan makanan mereka.
Salah satu menu mereka adalah sushi. Bukan yang ikan mentah tu, tetapi ia nasi ayam Hainan, nasi lemak dan pulut mangga berbentuk sushi! Antara makanan yang popular di sini adalah Crackling rice puffs in seafood Green tea broth, wow! Boleh cuba ni~
Alamat: 4th Floor Annex Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11am-3pm, 6pm-11pm setiap hari
#2 Yun House, Four Seasons KL
Wow! Meleleh air liur tengok gambar di atas. Yun House oleh Four Seasons Kl mempunyai dekorasi yang luar biasa dan suasana yang mewah. Ramai orang gemar akan dim sum dan duck pancake mereka!
Mama try lah nanti bagitahu Mama Siti ya~ Mereka juga boleh menyediakan makanan mengikut citarasa Mama seperti boleh kurangkan masin dan sebagainya.
Alamat: 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
- Isnin-Sabtu, 12–3pm, 6–10pm
- Ahad 11am–4pm
#3 Tao Chinese Cuisine, InterContinental KL
Menyediakan masakan cina yang mewah dan istimewa, Chef Wong memang layak menerima pelbagai anugerah! Di restoran ni, mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang paling segar dan menyediakan kombinasi makanan yang luar biasa.
Kalau Mama nak makanan yang unik dan eksklusif boleh lah buat tempahan~ Antara makanan yang must-try adalah dim sum pelbagai mereka, ketam kulit lembut dan pinggan kombinasi itik.
Alamat: InterContinental Kuala Lumpur, 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12pm-3pm, 6pm-10pm, ditutup pada hari Ahad & Isnin
#4 Old Shanghai KL, Bukit Bintang
Kalau Mama penggemar makanan gabungan, Mama mesti kunjung ke sini! Menu mereka mempunyai kombinasi yang menarik seperti spaghetti kari dengan salmon atau hidangan ikan bakar mereka.
Tidak lupa juga pada pilihan dim sum yang Mama mesti dicuba! Dengan suasana yang meriah, mesti Mama akan datang lagi~
Alamat: No 50, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12pm-2.30pm (kecuali Ahad), 5pm-12am
#5 Shang Palace, Shangri-La KL
Menyajikan pelbagai menu, Shang Palace di Shangri-La KL adalah antara tempat Mama must-try! Antara menu mereka yang dihidangkan adalah menu a la carte serta menu dim sum, sup rebus dua kali dan pinggan gabungan barbeku!
Hidangan istimewa mereka mestilah Itik Peking Tradisional yang mesti Mama cuba. Ia dimasak dan dihidangkan dalam dua cara tau! Tempah sekarang Mama~
Alamat: 11, Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi-2.30 petang, 6 petang-10 malam, dibuka setiap hari
#6 Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ, Pavilion KL
Apa kata kita kunjung ke tempat hotpot pulak? Kalau cuaca sejuk mesti best ni! Dengan suasana kedai yang moden, Grand Imperial menyajikan hanya yang terbaik untuk Mama dan sekeluarga.
Bahan eksklusif mereka adalah pilihan daging yang baru diimport, makanan laut segar, bebola daging dan dumplings untuk dimakan bersama sup Mama. Jangan lupa juga untuk mencuba itik panggang khas mereka!
Alamat: Lot 6 . 39 . 00, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
- Isnin – Sabtu 11:30 pagi–3 petang, 6–10:30 malam
- Ahad 10 pagi–3 petang, 6–10:30 malam
Peringatan mesra untuk Mama! Buat tempahan awal sebelum datang ya. Selamat menjamu selera~
Nak tengok senarai restoran cina-muslim part 1? Klik di SINI!