KelabMama

Nikmati Resipi Yee Sang ‘Fresh’ dan Penuh Rasa Bersempena Tahun Baru Cina Ini

resipi yee sang

Bila tengok kawan-kawan bangsa Cina kita sambut Tahun Baru Cina, teringin nak ikut serta. Macam seronok betul masa gaul-gaul Yee Sang tu. 

Mama Siti kongsikan satu resipi Yee Sang yang segar dan sedap khas buat Mama yang mungkin nak cuba sediakannya buat kali pertama. 

Ayuh, kita lihat cara-caranya satu persatu. 

Resipi Yee Sang

Kredit gambar: Food for Thought

Resipi oleh: Seismik Makan 

Bahan-bahan Yee Sang

Bahan-bahan Sos

Bahan-Bahan Topping

Cara-cara Buat Yee Sang

#1 Potong kulit ladu kepada 1cm lebar. Selepas itu, goreng kulit ladu dalam minyak panas. 

#2 hiris ubi taro dan masukkan pewarna merah dan hijau. Kemudian, gaul ubi taro sehingga warnanya rata. Kita akan goreng ubi yang telah diwarnakan selama 2 hingga 4 minit. 

#3 Sediakan satu mangkuk, masukkan sos plam, minyak bijan dan air dan gaul hingga sebati. 

Kredit gambar: Youtube/ Seismik Makan 

#4 Langkah seterusnya, susunkan semua bahan-bahan Yee Sang di atas piring besar. 

Kredit gambar: Youtube/ Seismik Makan 

#5 Setelah itu, taburkan kacang tanah, serbuk five spice dan bijian.

#6 Akhir sekali, perah limau dan tuangkan sos plam ke atas Yee Sang itu. 

Kredit gambar: Youtube/ Seismik Makan 

#7 Hidangan tahun baru Cina kita dah siap untuk dinikmati!

Kredit gambar: Youtube/ Seismik Makan 

Tips Menikmati Resipi Yee Sang

Itulah istimewanya jadi rakyat Malaysia. Tak kira apa bangsa pun boleh nikmati hidangan kaum lain. 

Yee Sang ini hanya menggunakan bahan-bahan halal dan sayuran. Jadi Mama tak perlu bimbang tentang status kehalalannya. 


Lihat pelbagai resipi enak yang lain di SINI!