KelabMama

Resipi Terung Bakar Ala-ala Restoran: Dua Resipi Mudah dan Lazat!

resepi telur bakar

Terung bakar adalah hidangan yang bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga kaya dengan rasa dan khasiat. Tapi mesti Mama dah bosan dengan terung bakar biasa je kan? Kali ni, Mama Siti akan kongsikan dua resipi terung bakar yang sedap dan lazat untuk Mama cuba.

Walaupun hanya menu terung bakar, tetapi dengan dua resipi ini, terung bakar Mama akan menjadi lebih sedap hingga menjilat jari! Jom kita lihat cara-cara untuk menyediakan kedua-dua resipi ini!

Resipi Terung Bakar

1. Terung Bakar Telur Dadar

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Mama bakar terung atas api sederhana, bakar sehingga terung menjadi lembut.
  2. Kemudian, Mama biarkan terung sejuk lebih kurang 8 minit.
  3. Apabila terung sudah sejuk, Mama buang kulit terung yang kehitaman.
  4. Dalam pinggan lain Mama pecahkan telur dan kacau rata.
  5. Masukkan terung dalam pinggan telur dan Mama lenyekkan terung.
  6. Panaskan minyak seperti biasa, goreng terung sama seperti Mama goreng telur.
  7. Dan siap untuk dihidang.

Nota: Mama boleh tambahkan cili atau daun bawang mengikut kesukaan Mama.

Resipi: AkieJack

2. Terung Bakar Bersantan

Kredit Gambar: SEENI

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Mama bakar dahulu terung sehingga masak dan lembut.
  2. Kemudian, masukkan kesemua bahan dalam kuali.
  3. Mama masak sehingga mendidih dan tambahkan perasa lagi sekiranya perlu.
  4. Terung yang dibakar tadi, Mama buang dahulu kulit terung.
  5. Mama belah terung menjadi dua atau ikut cita rasa Mama dan tuang kuah tadi ke atas terung.
  6. Siap untuk dihidang.

Nota: Mama boleh tambahkan serbuk kunyit untuk memberi warna pada kuah, dan perahkan asam limau jika Mama mahu menambah rasa segar dan sedikit masam.

Resipi: dapoq pu3

Dengan dua jenis resipi terung bakar ini akan menjadi pilihan yang sempurna untuk hidangan di meja makan.

Cara penyediaan yang mudah dan bahan-bahan yang tidak rumit, Mama boleh menyediakan hidangan yang bukan sahaja sedap tetapi juga penuh dengan khasiat.

Sama ada terung bakar telur dadar atau versi berlemak dengan santan, kedua-duanya pasti akan memikat selera seisi keluarga.

Selamat mencuba dan nikmati hidangan ini!


Mama mahu resipi mudah dan sedap untuk buat acar ala-ala kenduri? Klik di SINI.