KelabMama

Resipi Siakap Kengsom Thai yang Mudah dan Sedap, Sesuai untuk Mama Cuba

resepi siakap kengsom thai

Resipi siakap kengsom ini berasal dari Thailand dan telah menjadi kegemaran di kalangan penggemar masakan pedas di Malaysia.

Hidangan popular ini sering menjadi pilihan di restoran kerana rasanya yang seimbang dan menyelerakan.

Bagi Mama yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza, siakap kengsom adalah pilihan yang tepat untuk hidangan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Jom Mama, kita lihat cara mudah untuk memasak siakap kengsom yang sedap dan beraroma ini!

Resipi Ikan Siakap Kengsom

Bahan-bahan

Bahan Kisar

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam blender, termasuk nanas dan belacan. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas, kemudian renehkan selama 10 hingga 15 minit. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan tekstur kuah yang sesuai.
  3. Masukkan hirisan nanas ke dalam periuk. Biarkan kuah mendidih sehingga aroma nanas menyerlah dan sebati dengan bahan lain.
  4. Kemudian, masukkan ikan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Tutup periuk dan biarkan ikan masak sepenuhnya.
  5. Setelah ikan masak, Mama tambahkan sos ikan dan garam secukup rasa.
  6. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur, kemudian biarkan kuah mendidih sekejap lagi.
  7. Akhir sekali, masukkan kangkung ke dalam kuah. Tutup api dan tambahkan perahan jus limau nipis untuk memberi rasa segar pada hidangan.
  8. Siap dihidang.

Resipi: Che Nom

Lepas ni, Mama tak perlu lagi order di restoran kalau teringin nak makan siakap kengsom. Dengan resipi yang senang ini, Mama dah boleh masak sendiri di rumah dan nikmati bersama keluarga!

Selamat mencuba!


Jom cuba resipi pajeri terung ala-ala masakan mak di kampung. Klik di SINI.