Sambal kicap adalah antara hidangan sampingan yang cukup digemari ramai kerana rasanya yang pedas, manis, dan lazat.
Tidak kira sama ada dihidangkan bersama nasi goreng, ayam goreng, ikan bakar, atau sayur-sayuran, sambal kicap selalu menjadi pilihan yang tepat untuk melengkapkan hidangan Mama.
Yang lebih menariknya, sambal kicap ini sangat mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di rumah serta boleh disediakan dalam masa yang singkat je.
Bagi Mama yang sibuk, sambal kicap ini adalah pilihan yang sempurna kerana ia boleh disediakan dengan cepat, tetapi tetap memberikan rasa yang menyelerakan.
Resipi Sambal Kicap
Bahan-bahan:
- 7 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- 15-20 tangkai cili padi (buang tangkai & patah dua)
- 1 ketul gula melaka (mini) – hancurkan
- 1/2 – 1 cawan kicap
- Garam
Cara Penyediaan:
- Mama hiris kasar bawang putih dan bawang merah.
- Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan potongan bawang tadi ke dalam minyak panas.
- Mama goreng bawang sehingga layu. Bila bawang sudah layu, Mama masukkan kesemua cili padi tadi.
- Bila bahan sudah layu, Mama boleh angkat dan masukkan ke dalam blender.
- Sebelum kisar, Mama tambahkan gula melaka, garam dan kicap manis.
- Mama boleh kisar kasar bahan sambal kicap.
- Siap untuk dihidang.
Resipi: Che Nom
Mama jangan risau, sambal kicap ini Mama boleh disimpan untuk tempoh yang agak lama jika diletakkan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk.
Jadi, Mama bolehlah membuat sambal kicap dalam kuantiti yang lebih besar dan gunakan bila perlu. Jangan lupa untuk sesuaikan tahap kepedasan mengikut selera keluarga agar semua orang dapat menikmatinya.
Semoga resipi sambal kicap ini dapat memberikan inspirasi kepada Mama untuk mencuba sesuatu yang baru di dapur dan menyempurnakan hidangan keluarga.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini bersama Mama-mama lain yang ingin mencuba kelazatan sambal kicap buatan sendiri!
Mama nak cuba resipi terung berlada? Klik di SINI.