KelabMama

Resipi Pajeri Terung Masakan Kampung untuk Mama Cuba di Rumah

pajeri terung

Tiba-tiba teringat betapa sedapnya kalau dapat makan pajeri terung yang selalu dinikmati Mama waktu kenduri di kampung, kan? Bayangkan makan dengan nasi panas-panas, mesti best! Tapi, macam mana nak buat resipi pajeri terung ni?

Mama jangan risau, Mama Siti sedia membantu! Mama boleh cuba resipi pajeri terung yang Mama Siti sediakan ini. Bahan-bahan senang dicari, dan cara memasaknya pun mudah sahaja.

Untuk mama yang ingin mencuba masakan kenduri buat kali pertama, pajeri terung ini adalah resipi yang mudah tetapi penuh rasa.

Resipi Pajeri Terung

Kredit Gambar: YouTube Channel Masak Apa Bossku

Bahan-bahan

Bahan Kisar:

Cara Penyediaan:

  1. Mama campurkan bahan kisar dengan serbuk kari. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis, Mama masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  3. Tumiskan sehingga naik bau. Mama masukkan pes kari tadi.
  4. Gaul rata dan tumiskan sehingga naik minyak.
  5. Masukkan santan pekat dan gula melaka. Gaul rata.
  6. kemudian, masukkan terung, masak sehingga terung lembut. Tutupkan kuali.
  7. Bila terung hampir lembut, Mama masukkan kerisik. Gaul rata, masak sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Masukkan garam, gaul rata dan matikan api.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Resipi: Masak Apa Bossku

Tips untuk Mama

  1. Kalau Mama mahu pejari terung versi Kelantan cuma tambahkan asam keping sahaja dalam resipi.
  2. Gunakan kerisik yang segar dan tidak berbau tengik supaya dalam pajeri Mama akan rasa lemak yang asli.
  3. Pajeri terung yang sempurna perlu mempunyai rasa yang seimbang antara lemak dan manis. Mama jangan takut untuk menambah sedikit gula jika perlu.

Dengan resipi pajeri terung ini, Mama tak perlu lagi menunggu kenduri untuk menikmatinya. Mama boleh masak bila-bila sahaja di rumah!

Bahan-bahannya mudah dicari dan cara membuatnya pun sangat senang. Rasanya yang lemak, pedas, dan sedikit manis pasti akan membuat Papa jatuh cinta dengan hidangan ini.

Jadi, jangan terkejut jika pajeri terung ini menjadi salah satu hidangan kegemaran keluarga nanti.

Selamat mencuba, Mama!


Ketahui tips pemakanan dan bernutrisi untuk keluarga Mama di SINI.