KelabMama

Resipi Mee Udang Lazat dan Mudah untuk Keluarga Mama

resipi mee udang

Resipi mee udang adalah hidangan yang sangat digemari di kalangan penggemar makanan laut.

Hidangan ini sesuai untuk dinikmati pada waktu makan tengah hari atau malam, terutama ketika berkeluarga atau berkumpul bersama rakan-rakan.

Kali Mama Siti, akan kongsikan resipi mee udang yang mudah dan lazat, sesuai untuk Mama masak di rumah, dengan bahan-bahan segar yang pastinya memikat selera semua.

Resipi Mee Udang

Bahan-bahan:

Bahan hiasan:

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, rebuskan keledek dan kentang hingga empuk.
  2. Seterusnya, rebuskan udang sehingga masak.
  3. Kisar udang kering hingga halus.
  4. Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia hingga sebati.
  5. Kisar pula keledek dan kentang yang telah direbus tadi.
  6. Untuk bahagian kepala udang, kisar dan tapis airnya sahaja.
  7. Panaskan kuali, masukkan bawang dan halia kisar bersama cili kering. Tumis sehingga naik bau.
  8. Masukkan udang kering dan kacau sekejap.
  9. Tambahkan air stok udang yang telah direbus tadi.
  10. Dalam masa yang sama, celurkan mee kuning sebentar dalam air panas. Toskan.
  11. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan keledek dan kentang kisar tadi sedikit demi sedikit, mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
  12. Masukkan air kepala udang yang telah dikisar tadi dan masak hingga mendidih.
  13. Setelah kuah mendidih, masukkan udang dan saderi. Biarkan sekejap dan tutupkan api.
  14. Hidangkan dalam mangkuk dan hiaskan.

Nota:

Resipi: PakCik SMY

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi ini dan nikmati keenakan rasa mee udang yang menggoda!

Dengan resipi mee udang yang penuh dengan cita rasa ini, pasti setiap hidangan akan membuatkan makan bersama keluarga lebih meriah dan menyelerakan.

Setiap bahan yang digunakan memberikan rasa yang harmoni dan menyelerakan. Selamat mencuba resipi mee udang ini dan semoga ia menjadi hidangan kegemaran keluarga Mama!


Jom cuba resipi terung belada pula untuk hidangan tengah hari Mama. Klik di SINI.