KelabMama

Resipi Labu Air: Hidangan Penuh Khasiat + Milk Booster!

resepi labu air untuk ibu menyusu

Labu air, atau dikenali sebagai bottle gourd, adalah sayur yang kaya dengan khasiat dan sangat bermanfaat untuk para ibu yang menyusu.

Labu air tinggi dengan kandungan air dan nutrien penting yang boleh membantu dalam mengekalkan mengekalkan hidrasi, menyokong penghasilan susu, dan memberikan tenaga yang diperlukan oleh Mama.

Mama Siti sediakan empat jenis resipi labu air yang mudah dan berkhasiat, sesuai untuk semua, terutamanya ibu yang sedang menyusu. Hidangan ini bukan sahaja sedap, tetapi juga membantu menyokong penghasilan susu dan mengekalkan tenaga Mama.

4 Jenis Resipi Labu Air untuk Mama Cubanya

1. Sup Labu Air Bersama Ayam

Kredit Gambar: cookpad.com

Sup yang ringan dan menyegarkan ini kaya dengan nutrien dan membantu menyejukkan badan, sesuai untuk mama yang menyusu.

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, Mama tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Kemudian, Mama masukkan ayam dan tumis hingga ayam sedikit masak.
  3. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan labu air dan biarkan sehingga labu air menjadi lembut. Tambahkan air.
  5. Perasakan dengan lada hitam dan serbuk perasa. Kacaukan.
  6. Masukkan garam, kacaukan.
  7. Apabila sudah mendidih, Mama masukkan lobak merah dengan kurma tadi.
  8. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan bawang goreng di atasnya.

Resipi: Bersama RnR

2. Labu Air Tumis Bilis

Kredit Gambar: Cinta Hati

Resipi ini mudah dan cepat, sesuai untuk hidangan tengah hari yang ringkas tetapi penuh dengan khasiat.

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, Mama gorengkan ikan bilis dahulu sehingga garing. Asingkan.
  2. Kemudian, Mama tumiskan bawang merah, bawang putih, dan serbuk kunyit hingga wangi.
  3. Masukkan labu air dan kacau hingga layu. Mama tambahkan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, Mama masukkan kicap manis, ajinamoto, garam, sos ikan dan lada hitam.
  5. Masukkan ikan bilis di goreng tadi.
  6. Masak sehingga labu air lembut dan hidangkan.

Nota: Mama boleh tambahkan cili padi kalau Mama suka makan pedas.

Resipi: Citi Najira HD

3. Jus Labu Air

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Masukkan labu air ke dalam pengisar bersama air sejuk dan kisar hingga halus.
  2. Tapis jus untuk membuang serat.
  3. Hidangkan sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.

Nota: Mama boleh tambahkan madu dan perahan limau nipis kalau Mama suka. Kalau Mama ada juice blender lagi senang.

Resipi: lennz90

4. Labu Air Masak Lemak Kuning

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Masukkan sedikit minyak.
  2. Mama tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili hijau. Kacau rata.
  3. Masukkan telur, kacaukan.
  4. Kemudian, masukkan labu air. Kacau rata.
  5. Masukkan air, Mama biarkan masak sehingga labu lembut dan lut sinar.
  6. Kacau sebentar.
  7. Mama masukkan serbuk kunyit dan garam.
  8. Akhir sekali, Mama masukkan santan dan kacau sebentar.
  9. Siap untuk dihidangkan panas bersama nasi.

Resipi: Jom Masak

Labu air adalah sayur yang sangat bermanfaat untuk mama menyusu, memberikan tenaga dan nutrien penting sambil membantu penghasilan susu.

Dengan resipi-resipi yang mudah ini, Mama dapat menikmati hidangan berkhasiat sambil menjaga kesihatan Mama. Selamat mencuba!


Dapatkan tips pemakanan dan nutrisi yang akan membantu Mama kekal bertenaga dan sihat, klik di SINI.