KelabMama

Resipi Kuah Lodeh untuk Mama Cuba, Sedap & Mudah!

resipi kuah lodeh

Mama nak cuba resipi kuah lodeh tapi tak pasti macam mana nak mula? Jangan risau, resipi kuah lodeh mudah dan pasti menjadi!

Dengan kombinasi santan yang berlemak, sayur-sayuran yang segar, serta bahan-bahan aromatik seperti serai dan lengkuas, kuah lodeh ini memang sempurna untuk dinikmati bersama nasi impit atau lontong.

Jom kita mulakan dan sediakan hidangan tradisional yang sedap ini untuk keluarga tersayang!

Resipi Kuah Lodeh untuk Raya

Bahan-bahan

Bahan-bahan kisar halus:

Bahan-bahan untuk goreng:

Bahan-bahan lain:

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan tempe dan tauhu dengan sedikit garam & kunyit, kemudian goreng secara berasingan hingga garing. Ketepikan.
  2. Rendamkan suun dan fucuk hingga lembut, kemudian toskan.
  3. Kisarkan semua bahan kisar hingga halus.
  4. Kemudian, Mama panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  5. Masukkan serai, lengkuas, dan sedikit air dari kisaran bahan tumis. Kacau seketika.
  6. Masukkan sengkuang dan lobak merah, tambahkan sedikit air dan renehkan seketika.
  7. Masukkan tempe, tauhu goreng, daun bay & kacang panjang. Kacau hingga sebati.
  8. Tambahkan fucuk & suun, kemudian tuangkan santan cair. Akhir sekali, masukkan kubis dan kacau rata.
  9. Perasakan dengan garam dan biarkan kuah mendidih.
  10. Setelah mendidih, tuangkan santan pekat dan masukkan udang. Gunakan api perlahan dan kacau selalu supaya kuah tidak pecah minyak.
  11. Bila udang sudah masak, tutup api.
  12. Siap untuk dihidang.

Tips:

  1. Mama boleh tambah air sebagai ganti kalau Mama tak mahu gunakan santan cair.

Resipi: Che Nom

Raya nanti, bolehlah Mama cuba masak kuah lodeh untuk hidangan hari raya. Kuah yang berlemak dan penuh dengan sayuran ini pasti melengkapkan juadah raya bersama keluarga.

Selamat mencuba!


Mama perlukan resipi makanan yang menarik ketika Mama berpantang? Klik di SINI.