Kuah kacang adalah salah satu hidangan klasik yang sering menjadi pelengkap kepada satay, ketupat, lontong, atau nasi impit. Dengan rasa lemak kacang yang pekat, kombinasi pedas dan manis yang seimbang, kuah kacang ini pasti membangkitkan selera.
Walaupun nampak seperti rumit untuk dibuat, sebenarnya resipinya cukup mudah dan hanya menggunakan bahan asas yang boleh didapati di dapur.
Jom cuba buat sendiri kuah kacang yang sedap dan pekat ini untuk dinikmati bersama keluarga!
Resipi Kuah Kacang

Bahan-bahan
- 1 cawan minyak masak
- 500 gram kacang tanah
- 150 gram cili kering
- 2 bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sb udang kering
- ½ cawan minyak masak
- 1 cawan gula
- 250 gram gula kabong/ gula melaka palm sugar
- 2 ½ sb garam
- 2 sb kicap manis
- 400ml air
- 1 sb tepung gandum (campur air)
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kacang tanah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, udang kering, dan sedikit air hingga halus.
- Kisar juga kacang yang telah digoreng tadi bersama sedikit air hingga menjadi pes.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan gula, gula kabong, garam, dan kicap manis, kemudian kacau rata.
- Masukkan kacang kisar dan tambahkan sedikit air sambil terus mengacau supaya sebati.
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau hingga kuah mendidih dan pecah minyak.
Tips:
- Tambahkan kicap untuk menaikkan rasa kuah kacang (rahsia kuah kacang sedap)
- Kalau Mama mahu lebih aroma dan keenakan, tambahkan udang kering sebagai pilihan.
- Tumis cili dan bawang hingga betul-betul masak dan bertukar warna gelap dengan api kecil untuk rasa lebih padu.
- Setelah masukkan kacang, Mama biarkan ia menggelegak dan masak selama 15-20 minit supaya hilang rasa mentah.
Resipi: Buat Orang Lapo
Dengan resipi yang mudah ini, Mama boleh buat sendiri kuah kacang yang pekat, beraroma, dan penuh rasa! Tak perlu lagi beli yang siap, lebih jimat dan Mama boleh sesuaikan mengikut citarasa sendiri.
Sama ada untuk dimakan bersama satay, nasi impit, atau lontong, kuah kacang ini pasti menambah selera seisi keluarga. Selamat mencuba, Mama!
Jom cuba resipi-resipi yang sedap, ringkas dan menyelerakan di SINI.