Mama dah mula puasa 6 ke belum? Kalau dah, meh Mama Siti nak kongsikan menu berbuka yang pasti dapat menambah selera Mama sekeluarga, iaitu resipi ikan siakap sweet sour.
Lebih menarik, ikan siakap yang digoreng hingga garing di luar tetapi kekal lembut di dalam, disaluti pula dengan sos pekat yang penuh rasa, menjadikan setiap suapan begitu memuaskan.
Tak perlu lagi ke restoran, kerana resipi ini mudah dan Mama boleh masak sendiri di rumah dengan bahan yang ringkas je.
Jadi, jom cuba resipi resipi ikan siakap sweet sour untuk berbuka puasa. Lebih sedap, lebih puas, dan pasti bertambah-tambah keluarga Mama makan!
Resipi Ikan Siakap Sweet Sour

Bahan-bahan
Bahan cincang halus:
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan-bahan untuk kuah:
- 2 sudu besar cili kisar
- 2 biji tomato – potong kecik
- 1 sudu besar sos tiram
- 3-4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos ikan
- Gula
- Garam secukup rasa
- Nenas – potong kecik
- Sedikit air
- Bawang besar
- Hirisan daun bawang,
- Cili merah, untuk hiasan
- Sedikit minyak, untuk menumis
Bahan-bahan untuk ikan:
- 1 ekor ikan siakap
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan cincang dan cili kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan tomato, kacau hingga hancur, kemudian tambah sos tiram, sos cili, sos ikan, nenas, gula, sedikit air, dan garam. Kacau hingga kuah pekat.
- Apabila kuah sudah pekat, masukkan hirisan bawang dan tutup api.
- Bersihkan ikan dan lap hingga kering. Lumurkan garam secara sekata, kemudian salutkan dengan tepung jagung.
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- Letakkan ikan di atas pinggan, kemudian tuangkan sos sweet sour ke atasnya.
- Siap untuk dihidang!
Resipi: Che Nom
Hidangan dengan rasa manis, masam, dan sedikit pedas ini memang sempurna untuk dinikmati waktu berbuka bersama keluarga Mama.
Dengan resipi ikan siakap sweet sour, berbuka puasa jadi lebih sedap dan meriah! Tak susah pun Mama nak buat, tapi hasilnya memang menyelerakan.
Selamat mencuba!
Jom buat acar buah sendiri, sedap dan senang! Klik di SINI.