KelabMama

Resipi Ikan Keli Berlada, Hidangan Sempoi Tapi Sedap

resepi ikan keli belado

Resipi ikan keli berlada salah satu hidangan hidangan yang popular terutamanya di bulan puasa sebagai juadah berbuka puasa yang menggamit selera.

Rasa pedasnya yang memikat menjadikan ikan keli berlada digemari ramai. Lebih menarik, penyediaannya sebenarnya mudah dan sesuai untuk dicuba di rumah oleh sesiapa sahaja.

Hidangan ini mudah disediakan, menjadikan ikan keli berlada pilihan sempurna untuk hidangan tengah hari atau malam.

Selain itu, ikan keli merupakan sumber protein yang baik untuk kesihatan, menjadikan hidangan ini bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat dan sesuai sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Resipi Ikan Keli Berlada

Bahan-bahan

Bahan-bahan sambal berlada:

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili ke dalam chopper. Kisar kasar.
  2. Untuk menghilangkan hanyir dan lendir ikan keli, cuci ikan dengan tepung gandum dan bilas hingga bersih. Kemudian, perah limau kasturi pada ikan keli dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilas bersih sekali lagi dan kelarkan ikan keli.
  3. Seperti biasa, Mama gaulkan ikan keli dengan garam dan kunyit hingga rata. Perap seketika untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar kasar sehingga naik bau.
  5. Masukkan belacan, sos tiram, air asam jawa, dan tomato. Kacau sehingga tomato hancur sepenuhnya.
  6. Tambahkan daun limau purut, gula, garam, dan perasa. Masak sehingga sambal garing.
  7. Sebelum menggoreng ikan, salutkan ikan keli dengan tepung beras untuk tekstur yang lebih rangup. Goreng ikan sehingga masak dan garing.
  8. Susun ikan keli di atas pinggan, kemudian tuangkan sambal berlada di atasnya.
  9. Ikan keli berlada siap untuk dihidangkan.

Resipi: Che Nom

Tips Tambahan untuk Mama

  1. Untuk mengelakkan ikan keli meletup semasa digoreng, Mama boleh menambah asam keping, hirisan halia, atau sedikit tepung beras ke dalam penyediaannya.
  2. Cuci ikan keli dengan asam jawa atau air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. Rendam seketika sebelum memasak untuk hasil yang lebih baik.
  3. Sambal berlada ini tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Mama boleh menyediakannya lebih awal untuk menjimatkan masa.

Dengan resipi ikan keli berlada ini, Mama dapat menyediakan hidangan istimewa yang mudah tetapi penuh rasa.

Bagi Mama yang gemar mencuba resipi-resipi baharu, masakan ini dijamin menjadi salah satu kegemaran keluarga.

Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk majlis makan bersama keluarga tetapi juga boleh menjadi pilihan utama untuk dijadikan juadah dalam kenduri atau majlis kecil-kecilan.

Selamat mencuba!


Apa resipi simple untuk Mama masak selepas balik kerja? Klik di SINI.