Masakan tradisional, resipi asam rebus ikan sentiasa menjadi salah satu menu pilihan rakyat Malaysia.
Dengan rasa masam dari gabungan asam jawa yang masam dan menyegarkan, hidangan ini bukan sahaja memenuhi selera tetapi juga membuatkan Mama Papa mengimbau kenangan ketika di kampung dahulu.
Yang menariknya, mama boleh gunakan apa sahaja jenis ikan kegemaran seperti ikan kembung, ikan pari, atau ikan tenggiri. Bahan-bahannya pun sangat ringkas dan mudah didapati, sesuai untuk memudahkan proses memasak.
Cara penyediaannya juga tidak rumit, menjadikan hidangan ini mesra untuk mama yang mungkin masih baru dalam dunia masakan. Dengan rasa masam dan pedas yang menyelerakan, asam rebus ikan pasti menjadi menu kegemaran keluarga mama!
Resipi Asam Rebus Ikan
Bahan-bahan
- 3 ekor ikan kembung / mabong
- 5 – 7 helai daun kesum
- 1 – 3 asam keping
- 1 batang serai – dititik
- Air 700 ML – 1 liter Air
Bahan Kisar Halus:
- 1 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- Cili merah
- Belacan (pilihan)
- Sedikit air
Cara Penyediaan:
- Mama tumis bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, dan bahan kisar yang lain lebih kurang dalam 5 minit hingga wangi.
- Kemudian, masukkan daun kesum, asam keping, dan serai. Tumis lagi selama 5 minit supaya rempahnya lebih sebati dan wangi.
- Masukkan ikan ke dalam periuk bersama dengan air. Biarkan kuah mendidih dan ikan masak dengan sempurna. Ikan cepat masak, jadi tidak perlu reneh terlalu lama.
- Kira-kira dalam 10 hingga 15 minit, Mama boleh tutup api apabila kuah cukup rasa dan ikan sudah masak.
- Hidangkan dengan nasi panas dan nikmatinya.
Nota:
- Mama nak tambahkan sayur bendi, tomato, timun dan bunga kantan boleh juga.
- Boleh gunakan serbuk kunyit tetapi lagi sedap kalau Mama gunakan kunyit hidup.
- Kalau cili hidup tak ada, gantikan dengan cili kisar atau cili boh.
- Asam keping pun sama boleh ganti air asam jawa.
Resepi: MyResepi
Menu ini sesuai juga dijadikan sebagai menu express Mama, campak-campak je dah siap. Tak perlu risau kalau Mama nak cuba, sebab resipi ini memang sangat senang nak ikut dan pastinya asam pedas ikan Mama sedap!
Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba resepi asam rebus ikan ini sekarang juga! Selamat mencuba!
Mama nak resipi kek coklat yang sedap tanpa menggunakan mixer? Klik di SINI.