KelabMama

Si Kecil Pun Nak Juga! Resepi Vegan Untuk Anak-anak Mama

Sempena Bulan Vegan Sedunia, mari lah kita cuba-cuba resepi vegan ni! Resepi-resepi ini sangat mudah, senang untuk si manja makan dan yang paling penting, mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan anak Mama~

Vegan tidak bermaksud makan sayur sahaja sepanjang masa tetapi ia juga bermaksud Mama dapat mencari alternatif lain untuk mendapatkan hidangan yang sihat.

Jom kita cuba empat resepi vegan untuk anak-anak ini:

4 Resepi Vegan Confirm Anak-anak Tertarik Nak Makan!

#1 Ais Krim Kelapa Vegan Mango-Chia Seed

Kredit gambar: Facebook Nurul Huda Hafiza

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Pastikan bahan-bahan sebati dan masukkan ke dalam acuan aiskrim.
  2. Bekukan selama 4 hingga 8 jam.
  3. Sedia untuk dihidang!

Kredit: Nurul Huda Hafiza

#2 Resepi Ais Krim Coklat Vegan

Bahan-Bahan

Ais krim

Topping

Cara Memasak

  1. Masukkan pisang dalam pengisar dan pengisar sehingga licin dan licin.
  2. Setelah siap, letakkan di dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia mengeras.
  3. Untuk membuat sos coklat, campurkan semua bahan dan kacau sehingga dicampur.
  4. Hidangkan ais krim pisang dalam bekas kemudian siram dengan sos coklat dan jangan lupa taburkan kacang dan topping strawberi di atas. Ais krim siap dihidangkan.

#3 Resepi TikTok Salad Makaroni

Kredit gambar: Instagram AisyaJway

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Rendam cendawan hericium dan toskan. Masukkan ke dalam Air-Fryer.
  2. Kemudian, rebus makaroni dan toskan. Carikkan cendawan tadi dan cincang nenas sehingga kecil.
  3. Gabungkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
  4. Perasakan secukupnya dan sedia untuk dihidang!

#4 Resepi Peanut Butter Bliss Balls 

Kredit gambar: Instagram AisyaJway

Bahan-Bahan

Bebola mentega kacang:

Topping:

Cara Memasak

  1. Kisarkan oat gulung, kurma dan mentega kacang hingga sebati. Kemudian masukkan garam dan juga sirap maple atau agave.
  2. Tuangkan pada dulang dan mula bentukkan acuan kepada bebola. Susun dan letakkan coklat gelap yang telah dicairkan.
  3. Untuk bagi lagi sedap letakkan sedikit garam di atas coklat tersebut.
  4. Siap, sedia untuk dihidang!

Kredit: AisyaJway


Dapatkan pelbagai resepi menarik lain untuk Mama dan anak-anak di SINI.