Tak nak! Ubat batuk tak sedap!
Mulut kita memujuk tapi dalam hati, “Ya Allah, makanlah ubat ni. Nak bagi sihat kena makan ubat!”. Begitulah situasi kita dengan anak-anak yang susah betul bab makan ubat ni. Especially bila anak demam dan disusuli dengan batuk. Mestilah doktor pun akan preskripsikan ubat batuk kan?
Tapi kalau anak tak boleh terima langsung dan batuk masih tak baik macam mana pula? Jangan risau, Mama Siti ada satu alternatif lain. Apa yang mama boleh lakukan? Ha, kena cubalah resepi ubat batuk homemade dari Puan Yatie Eimra ni. Jadi ke? Anak dia 3 bulan batuk on off, alhamdulillah sekarang dah semakin pulih.
Jom kita baca kisah bagaimana anaknya melawan batuk sebelum Mama Siti kongsikan resepi ubat batuk homemade Puan Yatie ye!
Anak Tak Serasi Dengan Ubat Batuk
Rabu lepas Fydh dijangkiti selesema teruk dan hidung tersumbat. Petang Khamis, start batuk jenis chesty cough pula. Mulanya saya berikan ubat batuk yang dibeli kat farmasi sebelum ni. Tapi Fydh tak serasi dan masih batuk non stop. Menjelang malam, dah start demam pula. Pagi-pagi Jumaat tu, bawa Fydh ke klinik sebab dia dah makin kerap terbatuk-batuk. Walaupun ada kahak dalam dada, doktor cakap keadaan Fydh tak teruk sangat dan tak perlu ambil nab.
Balik saja dari klinik, batuk Fydh makin kerap dalam 5 minit sekali. Makan ubat batuk dari klinik pun masih tak nampak perubahan. Nafas Fydh makin laju dan bunyi wheezing pulak. Nampak dia tarik nafas dalam (bila bernafas ada lekukan dalam kat tengah-tengah pertemuan tulang selangka) sebab susah nak nafas.
Kaki dia pun mula terasa sejuk saja sebab tak cukup oksigen dalam badan. Dekat sejam saya ulang tepuk percussion untuk cairkan kahak dan urut refleks point untuk paru-paru pada belakang, dada, tapak tangan dan tapak kaki. Urut refleks point sinus dan sinus drainage untuk kurangkan hidung tersumbat. Alhamdulillah, bila dah lega sikit Fydh tertidur juga.
3 Bulan Batuk Berpanjangan
Masa tu la saya terfikir, sampai bila nak bergantung pada ubat batuk semata-mata? Masa pergi klinik tu, saya ada tanya doktor dah 3 bulan++ Fydh asyik batuk on-off. Walaupun dah habis ubat batuk, sesekali anak akan terbatuk dan bunyi kahak dalam dada.
Lepas 2-3 minggu, mesti batuk berulang lagi. Doc cakap batuk berulang dikalangan kanak-kanak ni perkara biasa. Terutamanya kanak-kanak usia 5 tahun ke bawah ni, memang selalu saja kena batuk berulang sebab imun badan tak kuat. Tapi kalau batuk disertai tanda-tanda badan lemah, demam, nafas jadi laju serta ada lekukan dalam bawah rusuk bila bernafas, kena pergi hospital, buat chest xray untuk check jangkitan paru-paru.
So kalau batuk on-off lagi lepas ni, takkan Fydh nak bergantung sepenuhnya pada ubat batuk dan berlarutan sampai imun badan dia kuat? Mungkin akan batuk lagi beberapa bulan, mungkin setahun dua? Apa yang buatkan saya bertambah risau, risiko Fydh ni kena asma tinggi sangat sebab keluarga kedua belah saya serta suami ada masalah asma dan resdung. Fydh pula ada mild eczema. Tu belum lagi risau kalau kena jangkitan paru-paru pula disebabkan masalah berkaitan batuk ni.
Kurang Berkesan Minum Madu Semata-Mata
Menurut Puan Yatie, anaknya kurang minum madu sekiranya batuk biasa. Beliau turut berkongsi bahawa beliau pernah mencuba resipi campuran madu, lemon dan minyak zaitun untuk merawat batuk. Ubat tersebut berjaya merawat batuk bagi orang dewasa tapi kerana rasanya yang terlalu masam, Fydh kurang menerima ubat batuk tersebut.
Dalam bulan Mac lepas pula, saya pernah cuba resipi ubat batuk (madu dan bawang) dari perkongsian Dr. Rizal, tapi Fydh tak gemar pula rasa bawang yang terlalu kuat. So kali ni saya gabungkan semua info yang saya dapat dari perkongsian Dr. Rizal, Dr. Suri Roowi dan beberapa sumber lain untuk hasilkan resipi ubat batuk homemade yang hanya gunakan bahan-bahan alami dari dapur. Sementara Fydh tidur tu cepat-cepat lah saya masuk dapur dan siapkan ubat batuk homemade ni.
Tepuk Percussion Dan Urut Refleks Point Legakan Batuk
Saya sempat rendam sejam saja dulu sebab Fydh dah terjaga dan batuk non stop balik. Badan dia mula nampak lemah sebab dia langsung tak nak makan sebabkan asyik batuk saja. Lepas berikan rendaman madu tadi, sekali lagi saya buat tepuk percussion untuk cairkan kahak dan buat urutan refleksologi untuk redakan batuk. Mujur setiap kali saya buat tepuk percussion dan urut refleks point ni, batuk Fydh akan lega sikit.
Alhamdulilah, dalam 20 min++ selepas diberi rendaman madu tersebut, batuk Fydh beransur kurang dan badan anaknya mula berpeluh. Walupun masih ada lagi bunyi wheezing, tapi batuk anaknya kini berkurang (dalam 30 minit sekali).
Pada waktu malam pula, beliau menyuap rendaman madu tersebut sebanyak 2 kali kepada Fydh . Batuk anaknya itu berkurang sejam sekali. Bila tidur malam pun tak kerap sangat batuk seperti di waktu siangnya.
Pagi Sabtu, Fydh dah mula aktif dan berselera bila makan. Dia masih terbatuk-batuk dalam sejam dua sekali, tapi kahak pun dah makin cair. Tak ada lah susah dan sakit sangat dada masa anak terbatuk-batuk tu.. Bunyi wheezing pun dah tak ada.
Fydh pun dah mula boleh main macam biasa. Sebenarnya Sabtu tu saya sendiri pun dah jangkit selesema dan batuk. Tekak mula rasa bengkak dan perit disertai batuk dengan kahak yang pekat dalam dada. Lepas ambil rendaman madu ni, memang terasa perbezaannya dan tekak pun dah tak rasa membengkak.
Malam tadi pun Fydh boleh tidur lena dan sekali saja terbatuk tengah malam. Hari ni, masuk hari ke-4 saya berikan Fydh rendaman madu (ubat batuk homemade) ni. Syukur alhamdulillah, batuk Fydh dah makin kurang dengan izinNya..
Resipi Ubat Batuk Homemade
½ biji bawang holland/merah
150-200 gm madu
3-5 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak zaitun
1 biji lemon – diambil jus (anggaran 50ml)
11-15 biji bunga cengkih
Cara-cara:
1. Potong ½ biji bawang merah dan bekukan selama 5-10 minit.
2. Ketuk bawang putih, biarkan selama 10 minit.
3. Sementara menunggu tu, perah jus dari sebiji lemon. Ketepikan.
4. Tumbuk kasar cengkih dan campurkan ke dalam jus lemon. Biarkan sebati seketika.
5. Bawang merah tadi boleh dileraikan atau dipotong kasar. Campurkan ke dalam madu.
6. Masukkan jus lemon dan kacau.
7. Bawang putih yang telah diketuk, dicampur ke dalam minyak zaitun dan dipanaskan dengan api paling kecil selama 2-3 minit sahaja. Biarkan suam sedikit sebelum dicampurkan ke dalam madu tadi.
- Rendam sekurang-kurangnyanya 1 jam-2 pada suhu bilik supaya jus bawang keluar. Setelah 2 jam, barulah boleh disimpan dalam peti sejuk.
- Campuran madu dan bawang ni lebih berkesan selepas dibiarkan terendam semalaman.
– Sebaiknya kacau/goncang sebelum guna
– Boleh minum airnya sahaja atau makan bersama bawang (untuk Fydh, saya berikan air sahaja, tapi saya suka makan bersama bawang sebab rasa crunchy)
- Bagi kanak-kanak ambil 1 sudu teh, 2-3 kali sehari/bila perlu
- Orang dewasa 1 sudu makan, 2-3 kali sehari/bila perlu
- Orang yang alami masalah gastrik sebaiknya ambil 1 sudu teh je dulu dan jangan ambil waktu perut kosong (pastikan alas perut sikit, bukannya makan sampai kenyang). Jika tiada masalah, barulah boleh ambil 1 sudu makan.
- Pastikan simpan dalam bekas bertutup
– Anak setahun ke bawah tak boleh minum madu ye.
– Sebaik²nya buat dalam kuantiti yang sikit (atau sukatan 2x ganda) dan buat baru setiap kali habis sebab kandungan allicin dan khasiat akan berkurangan jika disimpan lebih lama.
Puan Yatie terangkan bahawa perkongsian ubat batuk homemade ni bukan untuk galakkan orang ramai supaya tak pergi ke klinik tau! Ini alternatif sekiranya ubat batuk dah tak menjadi tapi batuk masih lagi berpanjangan. Jadi kalau anak mama sakit, jangan pula tak percaya doktor.
Selain daripada tu, Puan Yatie pun sempat berkongsi khasiat setiap bahan dalam ubat batuk homemade nya. Nak tahu apa khasiatnya? Ha, jom scroll lagi.
1. Bawang Merah
- Boleh guna bawang holland atau bawang merah. Tapi menurut Dr. Suri Roowi, bawang holland ni tinggi mineral manakala bawang merah lebih tinggi kadar antioksidan dan vitamin C.
- Bawang merah bila dibekukan seketika, khasiatnya akan bertambah menjadi 200 kali ganda (info dari Dr. Suri, boleh baca post tentang sayuran antikanser)
2. Madu (pastikan yang asli)
- Tinggi antioksidan, tingkatkan imun badan
- Mengandungi pelargonium, guaifenesin dan dextromethorphan. Bahan-bahan ni terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan simptom batuk dan kahak. (theAsianparent Malaysia)
- Bagus dalam melegakan dan mengurangkan kesan batuk daripada diphenhydramine iaitu bahan dalam ubat batuk. (medic.usm)
- Madu kelulut merupakan madu yang terbaik, hanya amik masa 5-30 minit untuk diserap ke dalam darah. (Dr. Suri Roowi)
- Orang yang ada masalah gastrik, lebih baik gunakan madu tualang sebab madu kelulut lebih masam (Dr. Suri Roowi)
3. Bawang Putih
- Bawang putih perlu diketuk/dihancurkan dan dibiarkan selama 10 minit supaya allicin terbentuk. Allicin berfungsi sebagai antikanser, membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. (Dr. Suri Roowi)
- Jika bawang putih yang telah diketuk dan dibiarkan selama 10 minit ditambahkan minyak zaitun, akan menghasilkan Ajoene. Ia merencatkan pertumbuhan sel kanser (Dr. Suri Roowi)
- Gabungan bawang putih dan minyak zaitun juga merupakan salah satu petua tradisional untuk batuk, asthma dan masalah berkaitan pernafasan.
- Jika bawang putih dipanaskan dengan suhu yang rendah (35°C), akan tingkatkan lagi aktiviti enzim dan menggalakkan penghasilan allicin. Tapi ia akan termusnah pada suhu lebih tinggi dari 40°C (sebab tu panaskan bawang putih dengan api perlahan dan kejap saja)
- Boleh tambah bilangan bawang putih ikut selera, tapi orang yang alami masalah darah cair, perlu kurangkan/kawal pengambilan bawang putih
4. Minyak Zaitun
- Berfungsi sebagai antioksidan, tinggi hidroksityrosol dan memainkan peranan dalam kesihatan jantung, paru-paru serta meningkatkan sistem imun
- Berfungsi melincirkan kerongkong dan mengurangkan pedih akibat batuk. Ia mengandungi agen oleocanthal yang bertindak mengurangkan radang pada kerongkong sama seperti ibuprofen berfungsi.
5. Lemon
- Tinggi vitamin C (diperlukan oleh badan untuk mempercepatkan proses penyembuhan), antibakteria, tingkatkan imun, kurangkan penghasilan mukus, mengurangkan selesema dan batuk.
6. Cengkih
- Berfungsi melegakan kerongkong akibat batuk serta mengurangkan sakit tekak, batuk dan asma. Juga berfungsi sebagai antioksidan dan antibakteria.
Notes:
Jika anak terbatuk-batuk tanpa henti, selain buat tepuk percussion, pastikan:
- Minum air kosong secukupnya
- Berikan air rendaman cengkih dan madu untuk berikan kelegaan pada tekak (ketuk sedikit cengkih supaya minyak patinya keluar, rendam dalam air panas dan setelah suam tambah madu)
- Berikan air rebusan halia untuk kurangkan batuk (tambah madu bila dah suam).
- Banyakkan juga penggunaan cengkih/halia dalam masakan (boleh masukkan 2-3 biji cengkih ketika masak nasi, lebihkan halia jika masak bubur nasi, lebihkan cengkih dan halia dalam sup, dll)
- Segala jenis herba dan rempah ni memang kena basuh dulu sebelum guna. Saya basuh cengkih dan keringkan guna kitchen towel dulu sebelum tumbuk.
Sumber : Yatie Eimra
BACA JUGA BATUK TAK BAIK-BAIK? KETAHUI JENIS BATUK DAN RAWATANNYA!