KelabMama

11 RESEPI TERBAIK SEMASA PANTANG

resepi berpantang

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu ketika pantang, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.

Selain dari itu ulaman seperti pegaga, kunyit, halia, cekur, mengkudu, dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.

Mudah saja menyediakan Sup Haruan ini. Ia cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak. Kata ibu, orang dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih2 lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.

Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Pastikan supnya tidak terlalu banyak untuk ibu ketika pantang.

Ketika berada dalam proses pantang, ibu tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.

Ikan bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia. Bahan tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas bawang merah dan ulam pegaga.

Halia padi adalah halia yang kecil isinya. Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam badan. Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga lada hitam.

Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam. Ia hendaklah selalu dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin. Selain halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau ataupun lempoyang.

Ia berguna untuk menghilangkan bau ketiak dan badan. Susu badan juga tidak akan berbau. Bonglai dibuangkan kulit dan dimakan dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang dibancuh dengan sedikit garam. Air asam membantu mengecutkan dinding perut yang mengembang setelah bersalin.

Ia berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah begitu saja dengan nasi. Pokok Kunci bertindak mengunci nafsu makan dan angin pada badan.

Amalkan makan pegaga sewaktu dalam pantang.

Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.

Dapatkan barangan bayi dengan harga promosi menarik di Motherhood.com.my!