Pertama kali beli telur sotong, kita pun tak tahu nak masak apa kan. Selalu jumpa telur sotong yang dah ada di dalam sotong tersebut. Tapi tahukah Mama, telur sotong pun sangat sedap untuk dimakan sebagai lauk asing bersama nasi?
Jangan bimbang. Sekiranya Mama buntu tak tahu nak masak resepi telur sotong apa, jom kita cuba masakkan telur sotong dengan resepi termudah iaitu Resepi Telur Sotong Goreng Kunyit.
Menu ini sesuai untuk mereka yang sukakan tekstur yang kenyal telur sotong tersebut. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasak resepi telur sotong ini.
Resepi Telur Sotong Goreng Kunyit
Bahan-bahan
- Telur Sotong
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Halia
- Daun Kari
- Cili Api
- Serbuk Kunyit
- Serbuk Kari
- Garam
- Gula
Cara Memasak
1. Potongkan telur sotong. Saiz potongan boleh mengikut citarasa masing-masing.
2. Basuh telur sotong hingga kurang lendir. Hati-hati ketika membersihkan, jangan sampai hancur pula telur sotong itu ya.
3. Panaskan api dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Seterusnya, masukkan daun kari dan kacau sebentar.
5. Tambahkan cili api. Tak perlu banyak kalau tidak mahu terlalu pedas.
6. Gaulkan sekejap dan masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari.
7. Perasakan dengan gula dan garam, dan siap untuk dihidangkan!
Tips Semasa Memasak Resepi Telur Sotong
- Lebihkan daun kari jika Mama sukakan aroma yang lebih menyengat.
- Biarkan telur sotong digoreng lebih lama untuk tekstur yang lebih garing.
- Sebagai alternatif, Mama juga boleh gantikan cili padi dengan cili merah untuk kurangkan rasa pedas.
Sebelum Mama Siti cuba resepi ini, Mama Siti pun tak pernah rasa telur sotong . Nak dijadikan cerita, ada sekali tu, tergigit masa makan lauk sambal sotong. Sedap juga rasa telur sotong tu ya. Mama Siti apa lagi, sejak dari hari tu selalu beli telur sotong. Kalau tak ada yang segar, Mama Siti beli yang frozen.
Mama semua boleh cuba menu ni dekat rumah ok? Senang kan resepi telur sotong goreng kunyit dia. Untuk yang baru nak belajar masak, sesuai untuk mulakan dengan resepi ini. Selamat mencuba!