Mama Papa yang rajin memasak tu mesti nak tau kan resepi tauhu bergedil yang conirm laku. Tauhu bergedil adalah makanan gabungan antara masakan Cina (tauhu) dan Jawa (bergedil).
Menu tauhu bergedil sudah banyak dan amat mudah didapati ditepi jalan pada waktu petang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah seharian letih bekerja. Sebungkus tauhu bergedil dinikmati waktu petang bersama secawan kopi dengan orang tersayang.
Tapi! Rupa-rupanya tauhu bergedil yang Mama Papa beli tu rupanya tak sedap! Sudah la penat balik kerja, hadap jem berjam-jam minum petang pulak tak sedap! kadang-kadang, daging atau tauhu yang digunakan sudah tidak segar dan hampir busuk!
Perkara ini boleh rosakkan mood Mama Papa dan anak-anak di rumah! Nak beli di kedai yang viral perlu tunggu lama lagi, nanti anak-anak lapar. Daripada berlaku perkara macamni, lebih baik Mama Papa baca resepi Mama Siti nak kongsi ni!
Resepi Tauhu Bergedil
Bahan-bahan
Tauhu bergedil
- Bahan bergedil (Digaul):
- Kentang 1 1/2kg direbus sampai empuk dan ditumbuk
- Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis)
- 3 biji Cili besar dadu (tumis)
- sebiji kecil lobak dadu (tumis)
- Cendawan butang dadu 1/2 tin (tumis)
- Bawang goreng (bawang besar hiris gaul dengan tepung gandum dan digoreng sampai garing) Nota: kalau nak senang, beli sahaja bawang goreng dah siap.
- Daun bawang /daun sup
- Lada sulah/lada hitam
- Tepung gandum 2 sudu
- Garam secukup rasa
- Telur 6 biji
- Tauhu kering 2 paket besar (RM4/paket)
Sos
- 4 sudu cili kering
- Secawan air
- Gula melaka (bulat) seinchi
- Sos tiram sesudu
- 5 sudu Kicap manis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Tepung gandum + air
Cara-cara
Untuk membuat tauhu bergedil:
- Bahagian atas tauhu kering dipotong empat.
- Keluarkan isi didalam tauhu tersebut.
- Isinya itu digaul didalam bergedil yang telah disediakan.
- Kemudian isi tersebut disumbat balik ke dalam tauhu.
- Tauhu Bergedil
- Sediakan adunan telur, sedikit garam dan sedikit tepung.
- Celup tauhu yang telah diolah kedalam adunan tersebut.
- Goreng tauhu yang dah dicelup dalam minyak yang panas, paras separuh tenggelam tauhu. Api dibuka sederhana.
Untuk membuat sos:
- Tumis cili kering sampai pecah minyak.
- Masukkan semua bahan kecuali air tepung.
- Apabila sudah mendidih baru masukkan air tepung.
Nota: Mama boleh ubahsuai mengikut selera Mama. Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak resepi masakan klik SINI.