“Nak yang banyak sayur dan berkuah”
Tak lain lagi lah, mesti Mama teringin nak makan sup sayur campur kan? Tapi Mama tahu tak nak masaknya macam mana?
Tak apa, mari Mama Siti tunjukkan resepi sup sayur campur.
Resepi Sup Sayur Campur
Resepi oleh: Aida Bani
Bahan-bahan Goreng
- Tofu Jepun
- Bebola ikan
Bahan-Bahan Masakan
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Sup bunjut
- Kentang
- Lobak merah
- Sawi
- Cendawan
- Bahan perasa
Cara-cara
#1 Pertama sekali, tofu Jepun dan bebola ikan perlu dipotong dan digoreng terlebih dahulu. Menggunakan minyak goreng yang sama, tumis bawang putih, merah, halia dan sup bunjut.
#2 Selepas itu, masukkan air mengikut biasa. Jumlah air ialah mengikut citarasa masing-masing.
#3 Biarkan masakan mereneh sebentar dan masukkan kentang dan lobak merah yang telah dipotong-potong ke dalam masakan. Biarkan sehingga ianya empuk.
#4 Selepas itu, masukkan pula sawi, cendawan, tofu Jepun dan bebola ikan ke dalam sup itu tadi.
#5 Perasakan dengan bahan perasa mengikut pilihan Mama masing-masing. Kacau sebentar dan tutup api.
#6 Sup sayur campur kita sudah sedia untuk dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Sup Sayur Campur
- Potong lobak merah dan kentang kecil-kecil agar ianya cepat empuk dan cepat masak.
Sup sayur sudah, lepas ni nak masak sup apa pula? Ha, apa kata Mama cuba resepi sup daging Thai pula.
Oh ya, jangan lupa untuk cuba resepi yang Mama Siti kongsikan kali ini ya. Semoga berjaya!
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan di SINI.