Kaki ayam sebenarnya ada kolagen yang membantu meningkatkan kesihatan kulit, melegakan sakit sendi dan mengawal gula dalam darah.
Dengan adanya resepi dari Afy AL Habibi, bolehlah kita nikmati sup kaki ayam dengan cepat dan sihat.
Resepi Sup Kaki Ayam
Resepi oleh: Afy AL Habibi
Bahan-bahan
- Kaki ayam
- Bawang putih
- Halia
- Daun bawang
- Sup bunjut
- Air
- Lada sulah
- Sebuk lada hitam
- Garam
- Kiub ayam
- Timun tua
Cara-cara
#1 Cuci bersih kaki ayam yang dibeli dari pasar dan pastikan kuku kaki ayam serta tapak kakinya pun dibuang sekali.
#2 Masukkan kaki ayam ke dalam periuk dan tambahkan air sesuai keinginan Mama. Jika ingin lebih berkuah, lebihkan air dalam periuk.
#3 Selepas itu, terus sahaja masukkan satu sup bunjut, beberapa hiris halia dan dua tangkai daun bawang ke dalam periuk masakan. Pasang api dan tunggu hingga kaki ayam empuk.
#4 Seterusnya, selepas kira-kira 15 minit, masukkan pula bahan perasa seperti lada sulah, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
#5 Bagi meningkatkan lagi bau dan rasa ayam, jangan lupa masukkan secubit kiub pati ayam dan kacau supaya rasanya berpadu dengan bahan-bahan masakan yang lain.
#6 Sementara itu, ambil sebiji timun tua dan buangkan bijinya. Hiris nipis-nipis dan masukkannya ke dalam periuk sup kaki ayam.
#7 Sup awet muda iaitu sup kaki ayam kita dah pun siap dan sedia untuk dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Sup Kaki Ayam
- Rebus kaki ayam lebih lama dengan air biasa sebelum mula memasak agar proses memasak lebih cepat.
- Ceduk keluar sup bunjut dan halia selepas lima minit untuk mengurangkan aroma herba dalam masakan.
- Mama nak tambahkan kentang pun sedap. Potong dadu, dan hidangkan bersama nasi putih dan sambal kicap.
Mudah sangatkan nak masak sup kaki ayam resepi kali ini. Makan waktu hujan-hujan pun best juga ni.
Oh ya, Mama kalau nak cuba resepi lain, Mama Siti cadangkan resepi sup daging yang kena letak sos ikan. Rasanya pun boleh tahan.
Jom cuba pelbagai resepi lain yang dikongsikan di SINI.