Istimewa kali ini, Mama Siti bawakan kepada Mama resepi sup daging original tanpa menggunakan sup bunjut. Meskipun begitu resepi sup daging dari Puan Fazniza Razali ni masih padu dan rasa pun tak jauh beza.
Oh ya, cara masak menggunakan periuk tekanan ini sebenarnya dari pengalaman Mama Siti sendiri ya. Cuma bahan-bahan masakannya sahaja yang Mama Siti ambil dari perkongsian Puan Fazniza Razali .
Ayuh, kita lihat cara penyediaan sup daging pressure cooker tanpa sup bunjut.
Resepi Sup Daging Periuk Tekanan (Pressure Cooker)
Resepi oleh: Fazniza Razali
Bahan Utama
- Daging lembu
Bahan-bahan Kisaran Pertama
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Ketumbar
Bahan Kisaran Kedua
- Saderi
- Lobak Merah
Bahan Tumisan
- Kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Rempah sup
Bahan Masakan Tambahan
- Kentang
- Batang saderi
- Bawang besar
- Bawang goreng
Cara-Cara
#1 Dalam periuk tekanan, pilih mod yang menumis. Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bahan kisaran pertama hingga berbau wangi.
#2 Kemudian, tuangkan pula bahan kisaran kedua bersama-sama dengan bahan tumisan. Kacau rata dan tunggu hingga naik bau.
#3 Selepas itu, masukkan air dan daging yang telah dipotong. Pada tombol pada periuk tekanan automatik, pilih mod merebus atau ‘soup’.
#4 Apabila periuk tekanan memberikan isyarat telah selesai merebus, perhatikan tekstur daging. Jika daging telah empuk, masukkan kentang, batang saderi dan bawang. Gunakan mod mereneh ya.
#5 Tunggu kira-kira 10 minit dan angkat ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng untuk menambah rasa sup daging dan mencantikkan lagi hidangan kita.
Tips Menyediakan Resepi Sup Daging
- Letak daun sup dalam mangkuk sup daging yang ingin dimakan. Tidak perlu letak dalam periuk kerana ia akan layu dan lembik.
Ha, macam tu lah Mama cara-cara masak sup daging tanpa sup bunjut. Lepas ni kalau tak ada sup bunjut dekat rumah, tak payah susah-susah beli sup bunjut. Kita teruskan sahaja memasak, okey.
Mama Siti nak jemput Mama untuk cuba resepi sup ikan merah yang sesuai dijadikan sebagai hidangan berpantang. Harap-harap Mama tak bosan mencuba pelbagai jenis masakan lah ya.
Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!