Mama Siti kalau ke pasar malam atau pasar tani, selain membeli keperluan dapur, Mama Siti juga gemar untuk ‘mengintai’ lauk-lauk yang dijual peniaga lain. Mana tahu boleh dijadikan idea untuk lauk di rumah nanti.
Ada satu gerai yang dari jauh dah menarik perhatian Mama Siti. Bau pun dah tahu ni mesti makanan laut. Yang membeli pula, bukan main panjang berbaris.
Apa lagi, Mama Siti pun kepoh lah nak tahu apa yang dijual. Rupa-rupanya, sotong sumbat goreng. Tak tunggu lama terus, Mama Siti cari resepi sotong sumbat yang terbaik untuk dicuba.
Berikut merupakan cara-cara membuat Resepi Sotong Sumbat Telur Masin yang rangup dan sangat menyelerakan.
Resepi Sotong Sumbat Telur Masin
Resepi oleh: Amy Catering
Bahan-bahan
- Sotong
- Telur Masin
- Cili Padi
- Bawang Besar
- Daun Bawang
- Daun Sup
Cara Memasak
- Sediakan bahan-bahan supaya mudah nak masak nanti.
2. Potong cili padi, bawang besar, daun bawang dan daun sup. Telur yang direbus tadi dibelah kepada dua bahagian.
3. Gaulkan bahan tadi hingga sekata.
- Sekarang masanya untuk kita sumbat bahan tadi ke dalam sotong. Dan jangan lupa cucuk dengan lidi supaya tak terburai masa menggoreng nanti.
- Nak celup tepung pula ada caranya tau. Sediakan satu bancuhan tepung cair dan satu tepung yang kering. Mula-mula celupkan dalam tepung cair dan baru salutkan dengan tepung kering. Barulah ada kriuk-kriuk rangup nanti masa makan.
- Panaskan minyak dan gorengkan dalam kuali.
- Bila dah siap digoreng. Potong sotong bulat-bulat macam ini.
- Sotong sumbat goreng kita dah siap untuk dihidangkan.
Tips Memasak Sotong Sumbat Tepung Telur Masin
- Kalau tak nak masin sangat, masukkan semua telur kuning dan ambil hanya 3 biji bahagian putih.
- Boleh isikan telur masin ke dalam sotong dengan penuh untuk lebih rasa. Pasti lagi sedap!
- Untuk lebih rangup, ulang proses salutan tepung beberapa kali sebelum menggoreng.
Senang kan, hanya menggunakan dua bahan utama sahaja. Bahan yang selebihnya pasti sudah tersedia di dapur. Selain boleh dihidangkan sebagai menu harian, Mama juga boleh sediakan menu ini semasa majlis keluarga.
Pasti harum semerbak satu rumah dan mendapat pujian tetamu yang datang.
Selamat mencuba!
Sambil Mama cuba resepi ni, apa kata Mama cuba resepi lain seperti kerabu sotong ini.