Terdapat pelbagai jenis resepi masakan sotong dan antara yang kerap menjadi pilihan ialah resepi sotong masak sos tiram yang terbukti sangat lazat untuk dijadikan menu utama.
Selain orang dewasa, menu berasaskan sotong ini juga sangat digemari kanak-kanak kerana ia cukup rasa dan tidak pedas.
Memasak sotong tidaklah rumit jika Mama tahu caranya. Menu yang tidak memerlukan masa yang panjang untuk disediakan ini hanya memerlukan bahan yang ringkas dan mudah diperolehi.
Jom lihat bahan-bahan yang Mama perlukan untuk resepi sotong masak sos tiram yang istimewa ini.
Resepi Sotong Masak Sos Tiram
Bahan-bahan
- 1.5 kg sotong
- 1 biji cili belanda hijau
- 1 biji cili belanda merah
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar sos cili Thai
- 5 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- Cuka makan
- Minyak masak
- Daun kucai
Cara-cara masak:
#1. Mula-mula Mama perlu bersihkan sotong, kemudian potong selebar 2 cm menjadi bentuk seperti cincin dan toskan ia airnya.
#2. Seterusnya, tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga halus. Selepas itu panaskan kuali dan tuang minyak masak secukupnya untuk menumis. Apabila minyak sudah panas tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk halus tadi.
#3. Kacau tumisan tersebut sehingga semua bahan kekuningan dan berbau wangi.
Kemudian masukkan sotong diikuti cili sos, sos tiram, kicap manis, satu sudu kecil cuka, dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Biarkan ia mendidih. Apabila sotong kelihatan sudah masak, masukkan kesemua cili belanda yang telah dipotong dadu terlebih dahulu.
#4. Akhir sekali taburkan sayur kucai yang telah dipotong lebih kurang 3cm. Kacau ia seketika, padamkan api dan hidangkan bersama nasi yang masih panas.
Tips/Petua Memasak Resepi Sotong Masak Sos Tiram:
- Ketuk badan sotong menggunakan kitchen mallet barulah dipotong.
- Masak sotong dalam temph masa 1 hingga 5 minit.
- Masak menggunakan api sederhana.
- Perap sotong menggunakan jus limau nipis atau lemon.
Semoga dengan perkongsian ini mommy dapat menikmati hidangan sotong dengan cara baharu selain sambal dan gulai. Di harap juga menu ini dapat membangkitkan lagi selera Mama sekeluarga. Selamat mencuba!
Untuk dapatkan lebih banyak resepi untuk dicuba, boleh klik SINI.