KelabMama

Resepi Sotong Masak Serai Ala Thai (Resepi Istimewa Dari Mek Kelate)

Sotong masak apa yang sedap ya?

Meh, Mama Siti nak kongsikan satu resepi yang pasti buat Mama menjilat jari lepas makan. Silap-silap boleh tambah dua tiga pinggan lagi.

Sotong masak serai kali ini, dibawakan khas oleh seorang youtuber Kelantan melalui saluran YouTube beliau iaitu Rezeki Dapur Kita. Kalau Mama dah bosan dengan resepi sotong bakar dan sos thai, apa kata cuba resepi sotong masak thai.

Cuba bayangkan rasanya yang pedas lepastu ada masam-masamnya sekali. Memang ‘trademark’ lauk Thailand lah kan. Tak sah kalau dah ada dua gabungan rasa ini.

Mama Siti dah tengok sekilas lalu, tak adalah susah mana pun. Paling penting kena ada serai dan pandai olah rasa. Kalau kurang masin, tambahkan garam. Agak tawar, tambahkan gula. Kan mudah tu.

Jom kita tengok cara-cara menyediakan sotong masak serai kali ini.

Resepi Sotong Masak Serai

Kredit gambar: Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Oleh: Rezeki Dapur Kita

Bahan-Bahan

Cara-Cara

1. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk.

2. Kemudian, masukkan serai yang telah dihiris. Tumis sehingga sedikit garing.

3. Selepas itu, tambahkan daun limau purut dalam bahan tumisan dan kacaukan.

4. Masukkan pula, sos tiram dalam kira-kira 2 sudu. Selepas itu, masukkan pula sos ikan satu sudu dan sedikit jus limau.

5. Perasakan dengan garam dan gula. 

6. Akhir sekali, barulah kita masukkan sotong dan gaul sebati. Tunggu sampai sotong masak dan tutupkan api. 

7. Sotong masak serai ala thai sedia untuk dihidangkan.

Tips Memasak Resepi Sotong Masak Serai

“Ok Mama Siti, saya rasa dah boleh dah ni nak masak lauk ni. Nampak macam senang saja tu.”

Inilah yang kita mahukan, semangat nak cuba resepi baru. Sedap atau tak, perkara kedua. Paling penting kita cuba dulu masak resepi sotong tumis serai kita hari ini.

Pertama sekali sediakan serai, penting tu. Kemudian, barulah kita cari bahan-bahan yang lain pula.

Oh ya, kalau masih ada stok sotong dekat rumah Mama boleh lah cuba resepi sotong sumbat telur masin yang rangup ni. Wah, meriah minggu Mama dengan lauk yang sedap-sedap.


Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!