Mama tak bosan ke selalu masak menu sotong yang sama je? Kalau tak sambal mesti masak kari! Apa kata kalau untuk kali ini, Mama cuba resepi yang Mama Siti kongsikan dalam entri ini iaitu resepi sotong masak serai.
Menu yang lain dari yang lain ini sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya juga mudah didapati. Rasanya yang sangat sedap mampu menggoda selera sesiapa sahaja. Tambah-tambah lagi dengan gabungan rasa pedas, manis dan lemak memang buat Mama sekeluarga tambah nasi.
Tanpa membuang masa, jom lihat bagaimanakah cara masak resepi sotong masak serai yang lazat ini!
Resepi Sotong Masak Serai

Bahan Untuk Pes:
- 3 sudu besar minyak
- 6 cili besar
- 1 cm kunyit
- 1 cm lengkuas
- 1 ulas bawang Holland
- 1/2 Kotak S&P Santan
Bahan Untuk Masak:
- 600g sotong
- 2 batang serai
- 3 helai daun limau purut
- Garam untuk perasa
Bahan Untuk Hiasan:
- Daun ketumbar
Cara-cara:
#1. Mula-mula Mama potong semua bahan untuk membuat pes.

#2. Setelah siap memotong, Mama masukkan semua bahan yang telah dipotong tadi ke dalam blender.

Masukkan pula 1/2 kotak S&P santan. Kisar sehingga ia menjadi pes.
#3. Setelah siap, Mama simpan 3 sudu besar pes untuk perap sotong.

#4. Seterusnya Mama bersihkan sotong dan perap dengan serai, daun limau purut dan pes yang telah disimpan tadi.

#5. Panaskan minyak dan masukkan lebihan pes, 1/2 kotak S&P Santan, sotong dan garam.

#6. Masak sehingga air menjadi kering dan pecah minyak.

#7. Setelah siap, tuangkan ke atas pinggan dan tabur daun ketumbar di atasnya. Siap untuk dihidang.

Tips Menyediakan Resepi Sotong Masak Serai
- Mama kena pastikan sotong tidak dimasak terlalu lama, sebab nanti kalau terlalu lama air dari isi sotong akan kering dan tekstur akan menjadi liat.
Selain resepi di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi resepi masakan yang lain di SINI!