Resepi sotong masak lemak ini Mama boleh cuba memasaknya kerana bukan sahaja rasanya sangat sedap malah ia juga sangat mudah untuk disediakan dan mampu menjimatkan masa Mama di dapur. Selain itu bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah untuk diperolehi.
Menu ini boleh disediakan dalam tiga versi iaitu pedas, separa pedas dan pedas mengikut citarasa Mama kerana semua versi tersebut sangat enak untuk dinikmati.
Walau bagaimanapun, resepi yang akan Mama Siti kongsi kali ini adalah sotong masak lemak versi pedas.
Resepi Sotong Masak Lemak Versi Pedas
Bahan-bahan:
- 3 ekor sotong (saiz besar)
- 100 ml santan cair
- 100 ml santan pekat
- 600 ml air
- 1 batang serai
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- Minyak masak
- 3 inci kunyit
- 5 ulas bawang putih
- 20 tangkai cili padi hijau
- 1 inci halia
- 1 biji bawang merah
- kacang panjang
- tomato
Hiasan:
2 tangkai cili padi merah
2 tangkai cili padi hijau
Cara-cara masak:
#1. Masukkan cili padi, bawang merah, halia, dan kunyit ke dalam lesung dan tumbuk sehingga halus.
Tumis sehingga kesemua bahan kekuningan dan berbau wangi, barulah tuangkan air dan biar sehingga ia mendidih.
#2. Panaskan minyak di dalam kuali lebih kurang satu senduk, setelah panas masukkan serai diikuti bahan-bahan yang telah Mama tumbuk tadi dan santan cair.
#3. Selepas itu, masukkan garam dan gula secukur rasa. Kacau biar sebati.
#4. Kemudian masukkan sotong yang telah dicuci bersih dn dipotong terlebih dahulu. Masukkan juga santan pekat dan kacau sehingga sebati.
#5. Biar ia masak lebih kurang 8 hingga 10 minit, masukkan bahan hiasan, kemudian tutup api.
Tips/Petua Memasak Resepi Sotong Masak Lemak
- Jika menggunakan sotong besaiz kecil, Mama tak perlu menghiris sotong tersebut.
- Jangan potong sotong terlalu nipis.
- Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan menjadi kenyal dan liat.
- Jika tiada kunyit hidup boleh sahaja menggunakan serbuk kunyit.
- Boleh sahaja mengisar semua bahan kisar menggunakan pengisar jika tidak mempunyai lesung.
- Sebenarnya resepi ini sangat senang dimasak. Mama boleh sahaja mengolah kaedah penyediaannya mengikut keperluan Mama sendiri.
Semoga dengan perkongsian ini Mama dapat menyediakan makanan menggunakan bahan utama sotong dengan sedap dan disukai seluruh ahli keluarga.
Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!