KelabMama

Cara Mudah Buat Resepi Sotong Kangkung Yang Paling Sedap – Tak Perlu Beli Lagi!

resepi sotong kangkung terkini

Resepi sotong kangkung merupakan menu paling popular di Pulau Pinang. Kalau Mama pergi bercuti ke sana, memang tak lengkap kalau tak rasa keenakan sotong kangkung yang cukup padu rasanya ini!

Tetapi oleh sebab bukan semua orang berkesempatan untuk datang ke Pulau Pinang, kali ini Mama Siti nak kongsikan resepi sotong kangkung untuk Mama nikmati bersama dengan keluarga tersayang di rumah!

Resepi kuah yang Mama Siti kongsikan ini juga bukan sahaja boleh dimakan dengan sotong tetapi ia juga boleh dinikmati bersama dengan makanan lain seperti bebola atau apa sahaja yang dirasakan bersesuaian.

Jom lihat cara penyediaan resepi sotong kangkung yang sangat lazat ini!

Resepi Sotong Kangkung

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan untuk kuah hitam:

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Cara-cara:

#1. Masukkan semua bahan kedalam blender.

#2. Blend sehingga semua bahan menjadi halus.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Kemudian, setelah siap blend terus tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak sehingga kuah menjadi likat dan pekat. Siap untuk dihidang.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan untuk kuah merah:

Cara-cara:

#1. Mama masukkan semua bahan ke dalam blender. Blender semua bahan sehingga ia menjadi halus.

#2. Kemudian Mama panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang telah diketuk. Letak 3 sudu makan cili kisar dan masak sehingga ia menjadi kering.

#3. Setelah cili menjadi kering, Mama masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap untuk dihidang.

Bahan Yong Tau Foo

*Kalau Mama nak pelbagaikan rasa, boleh letak jika suka.

#1. Potong semua bahan celur di atas, cuci sehingga bersih dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian celur sotong sehingga masak. Untuk kangkung, jangan celur terlalu lama.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Setelah itu gaul dengan kuah yang telah dimasak sebentar tadi. Taburkan bijan yang telah disangai di atas semua bahan. Siap untuk dihidang.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Tips Memasak Resepi Sotong Kangkung

Semoga Mama semua gembira kita menyediakan hidangan ini. Selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang!

Selamat mencuba!


Selain resepi di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!